Tuesday, 22 October 2013

SAMPLE REKOD LRGF


Salam geng semua.

Dulu masa baru baru berkecimpung lagi mentah pengalaman pasal kambing ni, salah satu perkara yang saya belajar dan terus praktikkan ialah buat rekod ternakan (husbandry record). Memang penting ada rekod. It will teach you a lot about your goats. Dan ia sebenarnya memudahkan kerja kita di masa hadapan. 

Contohlah..nak jual kambing aqiqah. Umur kambing kena setahun. Bila ada rekod tarikh lahir, senang nak identify. Kalau kambing sikit senang lah nak ingat, tapi bila dah banyak anak anak tu....pening. Main teka je. Bahaya tu. Ada sekali tu, ada buyer datang mengejut nak beli anak kambing. Ayahanda Es Emdi jualkan anak kambing tengok rekod je, tak yah pekerja pi amik timbang, dan timbang kambing. Rekod bulanan berat anak kambing dah ada.

Contoh lain pulak. Berat kambing (terutama anak jantan). Katakan dalam 15 ekor anak jantan, umur semua sama, Bila timbang berat badan tiap tiap bulan, tak konsisten. Ada yang berat memuaskan, ada kambing yang kadang kadang tak naik langsung. Ha..so with this data, kita boleh take action. Check kambing ke, asingkan dan bagi makan lebih ke dan sbgnya. Kan rugi kalau jual kambing anak jantan yang beratnya rendah.

Masa start buat rekod dulu, check dalam website, nak cari reference. Takde pulak. Cuma saya dapat tengok prof Alwi nye 'style' rekod je, itupun tengok kat skrin laptop beliau.

So saya buat style sendiri je. Rupanya, tak perlu pun buat canggih sangat, macam standard universiti atau saintis. Buat semudah dan sesenang yang boleh, whatever you are comfortable with. Ni salah satu rekod (template) LRGF kat bawah.

Rekod Kelahiran Anak Kambing
Nota: Salah satu column kat atas saya ada buat column jenis lahir. iaitu tunggal atau kembar. Kalau anak tu kembar, boleh lah simpan kalau nak kelahiran kembar akan datang atau jual at a slight higher price. Kira ada justifikasi lah kenapa harga kambing ni tinggi sikit dari biasa. Or can persuade other breeders to buy kerana potensi kelahiran kembar. Terpulang budi bicara tuan puan.

Lepas tu buatlah apa apa topik / rekod yang rasanya perlu. Salah satu rekod yang akan LRGF buat ialah total perahan susu kambing sehari. Itu pun simple je.

Membuat rekod ni tak memakan masa pun dan bukan perlu ditenung dan ditelaah setiap hari. Your records will tell you soooo many things later, dan anda akan syok nanti bila data dah terkumpul untuk mengkaji lebih medalam pasal kambing kambing tuan puan.

Semoga sample cam ni membantu rakan ternak yang ingin memulakan rekod ternakan. Selamat membuat rekod kepada yang belum dan tahniah kepada mereka yang dah start. 

Mbekk!!



No comments:

Post a Comment