Saturday 2 November 2013

PASAR TANI KOR JANG???

A'laikum Bro Penternak/Petani.

Eden nak sambung sikit cerito PASAR TANI, yang jadi sumber pasaran Ladang Kontrak (Kandang Kontrak tak ador, Jang??).

Sekarang ni bersepah-sepah Pasar Tani di seluruh Malaysia. Hujung-hujung minggu ada saja Pasar Tani ditiap-tiap daerah....kat PJ ni pun ador juga, Jang!! Sambutannya Alhamdulillah. Lapang jugalah suri-rumah nak dapatkan bahan-bahan dapur..dan sayur, ulam-ulam kampung yang agak murah.


pasar  petani atau pasar peruncit/??
Ada dua perkara yang aku lihat tentang pasar tani nii. Nama ajer pasar tani...tapi sebenarnya sama macam pasar basah biasa!! Barang pertanian tu memanglah boleh dikatakan sebagai agricultural products, tapi adakah ia hasil petani-petani atau "diimpot" oleh peniaga-peniaga?? "Diimpot" dari kawasan luar daerah dan luar negara?? Dan yan paling ketara ialah yang menjual hasil tani itu bukannya petani tapi peniaga-peniaga yang tak tahu kat mana mereka mendapat bekalan....dari FAMA ker atau wallahu aklam!!

Perkara kedua ialah peniaga-peniaga ni pula bukannya orang tempatan..mereka ni dari luar kawasan, yang berniaga ikut pusingan jadual pasar-pasar tani dilokasi yang berlainan!! Mereka ini circulate,...tak payah bayar sewa kedai, tak payah bayar cukai,...mereka beruntung kerana ada Pasar-pasar Tani yang membolehkan mereka bergerak-gerak untuk berniaga macam-macam barang....sampaikan kuih-muih, lauk-pauk, barang-barang runcit kering..sampaikan kain-baju pun ada (tak disyaratkan menjual hasil-hasil tempatan)!!

Jadi, nama ajer Pasar Tani, tapi bahan-bahan pertanian dan peniaga-peniaganya tidak menunjukkan unsur tempatan dan tidak menguntungkan petani dan tidak mengalakkan kemajuan  pertanian tempatan!!

YB Menteri Pertanian mengumumkan cadangan Pasar Tani Kekal 
Tapi nampaknya hayat peniaga-peniaga di Pasar Tani ni mungkin nazak, bila YB Menteri Pertanian dah umumkan nak buat Pasar Tani Kekal, dibuka tiap-tiap hari, tak lagi bergerak-gerak seminggu sekali. Tak bolehlah peniaga-peniaga ni circulate..buat pusingan untuk berniaga!!

Tapi soalnya, adakah Pasar Tani Kekal ini akan menjual bahan tani tempatan dan membantu peniaga/petani tempatan?? Jangan-jangan akan dipenuhi oleh peruncit dan peniaga yang bukan dikalangan komuniti tani/ternak tempatan!! Pasar Tani mesti berkonsepkan Local Farmers' Market yang menjual hasil tani/ternakan tempatan dan perusahaan komuniti tempatan!! Baru ler ada kelainan pada tiap-tiap Pasar Tani,..ada tarekan (malah jadi tumpuan pelancong).

Aku impikan Pasar Tani yang ada menjual/lelong ternakan hidup. Siapa nak beli lembu, beli kerbau, beli emmmbbekkkkk....datang kat Pasar Tani!! Siapa nak minum susu segar,...nak makan dadeh...atau cheese...kambing golek, dll tunggu hari Pasar Tani!! Baru lerr ada POWER, Bro!!!


Satu perkara lagi yang eden tak faham. Kalau orang jual daging lembu atau daging kerbau tu memang senang nak jumpa kat Pasar Tani. Tapi nak cari orang jual daging kambing susah sangat. Apo sobab eh Jang??

Selamat berternak.
Es Emdi.

1 comment: