Wednesday 6 November 2013

JAMNA GOLEK


Salam Maal Hijrah.

Sempena cuti hari tu, kami di LRGF menjamu sanak saudara dengan kambing golek. Chefnya dari kambing golek kaki bakar. Servis terbaik sebabnya dia orang ni buat perkhidmatan kambing golek nationwide (sampai dalam hutan sekali untuk camping pun boleh bereskan. Sabah & Sarawak tak lagi kut)

Yang special kali ni ialah kambing yang kami golekkan ialah dari baka Jamnapari. Yes....induk Jamnapari LRGF yang consider dah veteran. Ni pun first time nak try rasa daging Jamna.

A bit of history Jamna LRGF ni...ada 9 kesemuanya dalam rekod. Tak pasti asal usul mereka, jamna kacuk or full blood. Ada yang dah gave birth. Menurut rekod terkini dari Feb 2013, yang dapat kenalpasti, ada 5 ekor sahaja anak dari Jamnapari ni. Not sure previous years macamane sebab takde rekod. Hmmmm..macam under perform je. 

Menurut teori Prof Alwi (teori ke prof?) mengenai kambing yang telinga panjang ni manja, attention seeker and people friendly. Salah satu charateristic Jamna ialah telinganya yang panjang berjela. Tapi, induk Jamna LRGF ni tak friendly langsung. Garang. Tak salah saya ada induk Jamna ni kena ikat sebab gaduh dengan kambing lain. Brutal jugak dia orang ni. 

The caring and attention they get, sama sahaja diberikan kepada kambing kambing yang lain. Jenis makanan sama, pejantan sama, sakit pun bagi ubat sama. Besar kemungkinan, pada pendapat saya, pada pemerhatian saya ada 2 sebab utama. There is no specific data, atau kajian yang kami jalankan keatas Jamna LRGF ni.

Pertama, mungkin baka yang kita dapat ni memang poor breed (bukan pure breed). Bila dah poor tu, poor lah jadinya.

Kedua, since Jamna ni is known as a dual purpose goat, mostly dairy, their sheer size is big. And Jamna LRGF ni besar dan tinggi. Maybe our Shami penjantan menghadapi kesukaran nak breed dengan diaorang ni. I strongly believe so sebab induk boer dan kampung LRGF semua tak de masalah. Semua berjaya dibuntingkan. Ada induk yang kita ingat mandul pun akhirnya bunting jugak.

Penjantan Shami LRGF yang direhatkan.
Banyak sangat jasanya sampai beruban belakang dia.

So due to that reason, dan jugak penambahan anak anak kambing yang baru, maka its time to let go of the Jamnas. Dan dua ekor telah digolekkan. 





Makan kambing golek, minum susu kambing.

Thank you for your services Jamna and kaki bakar.

Mbekk!!

P/S: Sayang tak dapat bagi review rasa susu kambing Jamna LRGF.











No comments:

Post a Comment