Thursday 7 November 2013

PERKAKAS PERAH SUSU KAMBING


Salam semua.

Kita kat LRGF ni masih lagi dikategorikan small timer lagi dalam dairy goat breeding ni, budget pun tak lebat langsung, takde amik pinjaman mana mana. Nak buat milking facilities yang canggih pun belum sampai ke tahap tu lagi. Make do apa yang ada sahaja. So milking the does pun masih lagi tahap manual work. 30 lebih ekor induk diperah susunya menggunakan kuasa tangan sekarang ni. At least 1 ke 2 jam diperlukan setiap hari. Penat tu.! Memang naik muscle muscle kat tangan. Yang ambil masa lama tu ialah induk yang baru first time beranak. Nak memerah susu diaorang, kena wrestling sikit. But the hard work is paid off bila tengok periuk penuh dengan susu kambing yang wangi, putih berbuih dan menyegarkan.

Ni sebenarnya nak share je ape method dan perkakas yang LRGF pakai untuk collect dan botolkan susu kambing kami. Diharap sesiapa yang baru nak belajar atau sekadar nak tahu apa yang diperlukan dapat praktikkan kat ladang masing masing. This is a summary process je.

Mungkin ada penternak yang ada cara atau perkakas yang lain ataupun nak komen bagi menambahbaikkan lagi proses di LRGF, silalah kongsi ya.

Ok firstly yang paling penting ialah dari segi kebersihan. Itu wajib. Dari segi persekitaran, tangan memerah, perkakas, botol, penutupnya, the udder and the teat. Kat LRGF, Mira (pekerja kami) siap pakai plastic glove lagi. So hygiene ni penting, lebih lebih lagi kalau kita nak minum raw goats milk, susu kambing yang tidak dipasteurkan sebab nak consume all those super healthy goodness.

Perkakas seterusnya ialah penapis. Kat oversea punya backyard dairy farm, mereka gunakan coffee filter paper untuk tapiskan susu kambing yang diperah. Kita kat LRGF ni pakai filter yang senang sangat nak carik dan beli. Kedai mamak dan kopitiam banyak pakai. Kita pakai penapis teh je. It does the job very well.


Susu kambing yang diperah akan ditapis dan dimasukkan kedalam bekas stainless steel seperti gambar diatas. Orang kampung panggil 'genseng'. (betul ke tak?). Penutup kena ada, sebab lepas tapis, kena buat 2nd, 3rd and beberapa lagi round untuk perah susu. Sementara buat aktiviti memerah, tutup genseng tu untuk mengelakkan benda benda yang tak diingini jatuh dalam susu.

Dah settle collect semua perahan yang ditapis first round, perkakas seterusnya ialah guna bekas air minuman stainless steel yang ada kepala paip tu, selalu digunakan oleh caterer. Ni nak mudahkan masuk susu kambing segar tu masuk dalam botol. 

Sedap pulak tengok susu kambing tu
Masa susu kambing ni nak transfer ke bekas minuman tu, kita tapis untuk kali kedua menggunakan penapis yang lain pulak. Jangan pakai penapis yang pertama tadi.

Next, make sure botol botol dan penutupnya yang kita beli tu pun kita basuh, walaupun dalam plastik beg, rinse out the smell of chemical and dust. Beli kat kilang atau kedai memang kumpul habuk nya.



Menyenangkan proses pembotolan
Nota: Selalunya proses pembotolan buat dalam rumah, kali ni sebab nak amik gambar kena pakai outdoor lighting. Pakai camera tak power.


Itu sahaja tuan puan penternak. Simple dan efektif. Diharap membantu serba sedikit kepada newcomer penternak di sana. Jangan lupa semua perkakas kena basuh lepas gunapakai. Taip post ni haus pulak, macam nak pekena sebotol susu kambing nih.

Ohh lupa, paling penting, cepat cepat 'cool' kan susu kambing tu dan terus masuk dalam freezer. Keeps the milk fresh.....longer.

Mbekk!!



2 comments:

  1. info yg baik. bagaimana kalu selepas perahan simpan utk beku kemudian cairkan kembali baru botolkan. komen sket method camni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila susu dicairkan / defrost, ia akan menggalakkan pembiakan bakteria especially in room tempreture. Membotolkan susu mengambil masa, maka risiko susu mungkin tercemar, pada pandangan saya adalah tinggi.

      Adalah tidak digalakkan juga susu yang dah defrost, dibekukan semula. It will reduce the freshness.

      Lepas tu tuan Arc, rasanya method tu banyak kerja dan masa kena buat.



      Delete