Wednesday 18 December 2013

KAMBING MAKAN DEDAUN, JANG!!

Salam Mmmmbbbekkk, Bro!

Eden adalah pengikut tegar pendapat Bro Alwi...Katanya, kambing tak macam bebiri, tak meragut rumput. Makanan kambing ialah dedaun!! Kambing-kambing LRGF memang eden beri makan dedaun...Balik Angin, Acasia dan daun sawit. Cuma eden tak mengembala macam Bro Alwi kerana operasi LRGF adalah untuk pengeluaran susu...jadi kono kurangkan risiko serangan penyakit!!

Dedaun masuk grinder

Untuk pelbagaikan jenis dedaun, LRGF amat beruntung mendapat benih indigofera...yang menjadi dedaun makanan utama kambing tenusu di sebuah ladang di Filipina. Hajat tu nak buat "salad garden" jugak untuk makanan kambing-kambing Shami cross kami.

Indigofera dari benih biji kiriman Kapten Don Jenal.


Anak-anak pokok ni memang mudah tumbuh dan cepat membesar. Baru satu bulan dah lebih dua kaki tinggi...kalau lambat ditanam, takut batangnya patah pulak!! Jadi pagi tadi, eden mulakan operasi menanam pokok indigofera kat LRFG.



operasi menanam indigofera

Hari ni dah tanam tiga baris di sekeliling pagar. Tapi eden rasa was-was sikit sebab batang anak pokok ni kurus. Takut patah ditiup angin... Eden harap dia copek bosar dengan baja tahi kambing ni, Jang. Eden agak lebih elok kok kita tanam dari cuttings..copek bertunas.


Kok ikut cakap Kapten Don Jenal, kono tunggu 8 bulan baru boleh ambik daun ehh!! Tapi kambing eden dah tak sobar nak makan "salad" dedaun ni, Jang!!

Kap, ada daun lain yang nak rekomen??

Selamat berternak,
Es Emdi.

1 comment: