Tuesday 17 December 2013

ON STANDBY, JANG!!!


Salam Mmmbbekkk, Bro!

Kini nak masuk tahun kedua LRGF dengan operasi mengkacukkan baka Shami dengan Boer, Jamna dan kampung!! Tujuannya nak dapekkan Shami F4, at least, untuk susu dan pedaging juga. Setakat ini dah dua batches, dapek 50+ F1 (betina), dan F2 baru aja lahir. F1, first batch, yang jantan dah jual (tinggal 25 ekor baru 3 bulan).

Second batch of F1's anak betina, baru 3 bulan.
Method camni walaupun akan mengambil masa dalam 3 tahun, start-up capital adalah ringan dengan ada return daripada jualan kambing ibu asal dan anak jantan, serta susu sekali, walaupun belum full gear!!

Pelakun-pelakun utama dalam operasi ini ialah tiga ekor pejantan Shami. Ronaldo dan Don King adalah bapak-bapak untuk dapekkan F1. Sementara Don Juan pula dikawankan dengan F1 itu untuk dapatkan F2 pula.

Don Juan dengan F1's
Untuk dapekkan F3 pulak, eden dah impot dua ekor Shami jantan dari kandang sinergi LRGF. Ini on standby, Jang. Bila first batch F2 lahir (dalam 3 bulan lagi, In Sya Allah), penjantan Shami pun dah ready, sama membesar!!

On standby..baru 5 bulan.

Ini pun boleh tahan, Jang...tapi baru F1, 5 bulan..DNA Shami kuek tuu!!

In Sya Allah, nampaknya everything is in placed. Kono tunggu setahun lagi, Jang. Boleh tahan kor, Jang???

Selamat berternak.
Es Emdi

2 comments:

  1. Hahaha..hebat..terbaik dari LRGF!! Harga jualan anak jantan F1 berapa sekor?

    ReplyDelete
  2. Anak jantan F1 yang nak jual baru umur 3 bulan..kono tunggu dulu,Bro.

    ReplyDelete