Memandangkan belum berjaya tanam Moringga melalui keratan batang, so try tanam pakai benih pulak. Kami gunakan benih moringga yang dah matang. Benih matang ni datang dari pods bentuk macam kacang yang dah bertukar dari hijau menjadi coklat, menandakan pods to dah 'tua'.
Menurut pertanyaan saya kepada ms Emily, moringga cultivator kat Florida (kut),
"You must wait until the pods on the tree are ripe, and the husks are light brown to dark brown - which depends on what your tree produces.."
Benih matang |
Kalau dalam pod yang muda (hijau) tak leh tanam. Tak akan tumbuh.
So Pak Es Emdi menanam benih moringga dengan merendam dulu benih benih tu dalam air semalaman. Dan baru 2 minggu je, dah tumbuh macam gambar kat bawah ni. Cepat sungguh tumbuh! Faster than indigofera growth rate.
No need to crack the seeds, sepertimana sesetengah orang dalam internet praktikkan. Boleh tanam terus.
Menurut 'Feeding Guides Series' Edisi 2 terbitan JPV, kandungan protein kasar (crude protein) untuk daun kelor ni ialah 26.3%, serat kasar (crude fibre) 10.8% dan Total Digestive Nutrient pula ialah 54.7%
(Unfortunately belum pakar sangat dalam nutrient ni, tapi nak kongsi je. Crude protein daun ni tinggi)
Sebab hari tu dapat banyak moringga pods yang belum matang, cuba eksperimen untuk tanam benih yang muda pulak walaupun Ms Emily cakap tak boleh. Rugi tak try sebab banyak sangat. Nak muntah saya kalau dok makan kelor ni tiap tiap hari.
Moringga dikupas, benih diambil dan dijemur selama 2 hari. Dah kering, benih tu warna putih. Pass kepada Pak Es Emdi untuk ditanam. Rendam jugak dulu semalaman.
Unfortunately I was wrong. Tak tumbuh langsung moringga tu.
LRGF juga nak ucapkan terima kasih kepada Irwan dari Bangi kerana sudi datang melawat kami. Hopefully it is an eye opener for you. Semoga sukses dalam perancangan untuk menternak kambing tidak lama lagi.
Mbekk!!
Unfortunately I was wrong. Tak tumbuh langsung moringga tu.
Mbekk!!
No comments:
Post a Comment