As salam tuan / puan penternak.
Dah lama sebenarnya tak buat farm visit. Jadi minggu ni buat time untuk pegi buat lawatan sambil belajar. So hari tu call En Fariz, owner kepada Haiwan Suci SB. Kalau nak tahu, beliau pun buat dairy goat farm, dan produce susu kambing jenama Sukagomi. Memang lama dah plan nak visit dia. 'Touch base' dengan dia a few times dalam FB. Tak salah saya, dia pernah enquire pasal indigofera.
Ladang dia dekat Batu 19, Hulu Langat. Tempat ni best. Family attraction sebab banyak tempat berkelah dan kedai makan tepi jalan. Sejuk dan nyaman. Famous jugak spot ni untuk cyclist. Memang ramai hari tu. Bukan tu je, nampak Metrowealth crew buat shooting kat tepi sungai. Buat cerita hantu lagi kut. Nak kasi kita burn kalori tengok cerita seram. (Siapa tak paham kena baca blog prof Alwi punya
entri)
Anyway, farm En Fariz berdekatan entrance Air Terjun Sg Gabai. Suruh jumpa kat satu kedai kafe Bahulu Classiq sebab dia baru balik dari kutip dedaun untuk makanan kambing. Saya pun sebenarnya tak dapat carik tempat.
Tiba di sana, ada 3 student dari USIM tengah tunggu En Fariz. Mereka ni datang buat research interview. Salah satu topic research ialah mengenai penggunaan buah kurma dalam feed kambing dan something about pemakanan sunnah. During my time there, student ni lah yang dok bertanya soalan demi soalan, dan saya tumpang mendengar perbualan. Kadang kadang selit selit sikit pertanyaan kat En Fariz.
|
Salah satu kandang. |
Benda yang first sekali yang saya nampak ialah satu peti yang besar kat tepi kandang ni. Bila saya inspect, its a 'Fodder Solution'. Pernah tengok system ni kat dalam program Agrojurnal RTM tak salah saya. So dapatlah saya tengok first hand.
Salah satu cabaran yang En Fariz lalui ialah makanan untuk kambing. Kawasan ni tak banyak sumber makanan. Sawit pun not available, dan takde access. Dia lah yang keluar setiap hari, pi tebas pokok dedaun antaranya Mulberry kat area berdekatan. Masa time panas beberapa minggu sudah, beliau kena pegi sampai ke Lengging (N9) untuk cari dedaun. Beliau decide untuk gunakan fodder solution untuk membantu pemakanan kambing. No matter rain or shine, foods is available. Pada pandangan beliau, make sure your food source is available before jumping into buying the goats. Itu paling penting!.
|
Guna Barley seeds |
|
Jadi macam ni dalam tempoh 6 hari |
|
En Fariz (pakai cap) memberi penerangan kat student USIM |
Tak dapat saya nak bagi input lebih mendalam sebab tak cukup info saya mintak. Focus was on the student, jadi tak nak menggangu sangat. Kalau tak silap, ada 18 tray dalam peti ni (dalam sejuk dan water mist is sprayed on the seeds) dan 1 tray can produce around 8 kg of feeds.
(Please jangan amik info ni, saya ingat ingat lupa).
A bit of En Fariz history, beliau ni background law, takde langsung livestock skills and knowledge. Berkecimpung dalam penternakkan when one day his father asked him to come to the farm and take care of boer goats. Ni masa tahun 2011. Lepas tu try bela Jamna and found out that susu kambing Jamna sedap. So he did more serious research about goat farming, dairy goats, and finally in 2013, baru seriously involve breeding saanen. Pernah jugak buat sistem micro breeding (sediakan kambing dan standard operating procedure kepada penternak kecil kecilan) but found out that it did not work as how he wanted it to be.
So kat kandang beliau ada lebih kurang 50 ekor saanen, tapi bukan pure breed or full blood. Dia panggil saanen sarkas. Tak pasti mana dia dapat saanen ni. Most are producing 2 litres of milk, however planning to let go 5 saanen sebab produce 1.5 litre je, which does not help in his operational cost. En Fariz ni nampak experimental orangnya, trial and error basis to ensure his goats are healthy and maintaining the taste of the milks.
|
Dr. Norlelawati dari Fakuliti Sains & Teknologi USIM bagi makan kat saanen |
|
Saanen dara |
|
In front of the milk processing room |
Sempat jugak tengok tempat proses susu dan cuba susu kambing Sukagomi. Will write the review on another post.
Terima kasih En Fariz kerana sudi meluang masa untuk saya. Banyak jugak knowledge and infos exchanged. All the best in the future research. (Dengar cerita request 30 Saneen Pure Breed to be researched in his farm).
Mbekk!!
No comments:
Post a Comment