Sebelum nak start post ni, kami nak ucapkan dulu tahniah kepada Din. Kreatif anak anak muda sekarang ni. Beliau dapat tempat ketiga dalam pertandingan short story / movie. Katanya cerita pasal tukang kasut, dan dia watak utama. Buat masa cuti semester hari tu. Syabas!
Hantar mesej kat dia ucap tahniah. Dia reply:
"Alhamdulillah dapat tempat ketiga dan Lakonan Terbaik. Walaupun buat dalam masa kurang 48 jam, juri dari FINAS komen 'idea asal yang menarik'. WOW! Rasa macam nak buat filem dengan tuan Es Emdi lepas ni"
Hahaha. LRGF menyokong anda Din. Pak Es Emdi dulu pengarah filem. Nak tahu lebih lanjut kena tanya Pak Es.
Ok back to the post. Kalau rujuk balik post ini tentang method to collect data indigofera, semalam merupakan hari yang ke 30. Pokok indigofera yang di tag merah akan dikerat pucuk baru yang bercambah dari keratan yang dibuat pada ketinggian 80cm dari tanah. Ia akan jadi macam gambar kat bawah ni.
Menurut instruction dari lecturer Din, Tn Hj Idris, percambahan baru sepatutnya tumbuh sepanjang 2 jengkal. So semalam Din pi check semua pokok tag warna merah dan kerat pucuk baru ni untuk bawak balik ke lab untuk test kandungan nutrisi.
Masa buat inspection pokok indigofera, sekarang dah nampak pertumbuhan 'buds' dan bunga dah mula berkembang dengan agresif. Tapi kesemuanya tak menghasilkan benih lagi. Bila kelopak bunga gugur, sepatutnya 'pods' akan terbentuk. Tapi setakat ni semua jadi kering, hancur berdebu. One reason according to Din mungkin first stage flowering...peringkat permulaan untuk bunga berputik sahaja. Usually the next phase of flowering will produce seeds.
Semalam pun ada lah jugak keratan indigofera diberikan kepada kambing kambing untuk makan.
"Umak aii...Sodap boto lah daun dan pucuk mudo indigofera ni!" kata kambing kambing.
Mbekk!!
Ada spot warna hitam dekat tengah cabang belah kanan, menunjukkan tempat yang mula mula dikerat. Pucuk belah kanan adalah pertumbuhan baru. |
Samples collected. Next visit 1 Mei untuk collect pucuk baru dari keratan selepas 40 hari. |
Semalam pun ada lah jugak keratan indigofera diberikan kepada kambing kambing untuk makan.
"Umak aii...Sodap boto lah daun dan pucuk mudo indigofera ni!" kata kambing kambing.
Mbekk!!
Salam,nnti blh la jual seeds indigofera kat rakan2 penternak..blh tambah koleksi foraj segar untuk kambing..
ReplyDeleteInshaAllah. Harap benih baru menjadi.
Delete