Friday, 18 April 2014

KAMBING PAWAH LAEI, JANG!!!


Salam Mmmbbekkk, Bro!

Anak kambing yang lahir tak cukup bulan pagi tadi,..tak dapat diselamatkan!! Ini kali kedua eden ngalami kes camni. Kes yang pertama dulu adalah dari kambing pawah...mula-mula anak mati,..lepas tu induknya ikut sama!!

LRGF dibekalkan kambing pawah...20 ekor induk dan dua jantan pada 6 Disember 2012 dulu. Kata JPV, kambing-kambing tu jenis Boer. Tapi den tengok lebih banyak yang kacukan Boer!! Eden dah cerito kek blog ni berbagai-bagai masalah yang dibawak oleh kambing pawah ni. Dia bawak penyakit kurap, puru dan stress kek eden!!

Kambing yang beranak pagi tadi memang pun kambing pawah!! Eden cek rekod,...rupa-rupa erh dah dua kali dia ni beranak, semua tak cukup bulan,..dan dua-dua anak tu mati!!

Kambing pawah beranak tak cukup bulan.

Mengikut rekod, daripada 20 ekor dah tinggal cuma 11 aja. Banyak yang mati sebab kerana penyakit, lumpuh masa bunting dan lepas beranak, termasuk 4 ekor yang mandul ..mengabihkan boreh ajor. Kalau induk tu kurang potensi,..macam kambing yang beranak pagi tadi yang tak cukup bulan tu,....memang eden beri ubek cap pisau ajor!! Tapi kadang-kadang tak sempat pun!!


Dah joran eden kek kambing pawah ni, Jang!!

Selamat menternak dan membiak.
Es Emdi

6 comments:

  1. Putrajaya should read this.

    ReplyDelete
  2. ECH-dia orang buat tak reti aja!! Kawan saya nak promote Shami, dia orang buat liat ajer..,maseh nakkan Boer jugak!! (Es Emdi)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab boer tu dari Australia...dan kita tahu siapa importer Australia nim.walaupun company yg dapat tender tu berlainan saba tahun..tapi orang di belakangnya tetaplah sama.

      Delete
    2. U know better..u r in the thick of it. (Es Emdi).

      Delete
  3. Kena tweet kat Datuk Ismail Sabri tu heheheheheh!.

    ReplyDelete
  4. Pak Wae,... Ismail Sabri ni dah berat sangat kat Aceh!! (Es Emdi)

    ReplyDelete