Sunday 25 May 2014

BENIH INDIGOFERA

As salam tuan puan penternak.

Kebelakangan ni saya banyak menerima pertanyaan mengenai benih indigofera.

'Ada jual tak?'

'Dapat anak pokok satu pun jadi lah'

'Boleh tak bagi keratan?'

Memandangkan interest kepada pokok dedaun mendapat banyak perhatian, dan kami pun sendiri tak dapat nak supply dari tanaman sendiri serta pokok indigofera yang sedia ada ni pun tak cukup lagi untuk ternakan kambing kami sendiri, maka LRGF mengusaha untuk dapatkan benih ni lagi from another country. Alhamdulillah, benih dah dapat. 

LRGF nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada saudara Mohd Zhafran kerana membantu kami untuk dapatkan supply benih ni. Bro kita ni pun goat breeder at heart...baru nak mula menternak kambing. Cukup semangat. Tak pernah jumpa beliau lagi, cuma communicate mesej je. Tuan blog House of Goat pernah jumpa. InshaAllah kalau ada peluang, nak melawat fellow breeders kat Kelantan.

Ok. Benih dah pack dan ready untuk diposkan kepada sesiapa nak membeli.

1 teaspoon of indigofera seeds

Approximately 150 to 250 seeds (or even more)
Apa yang menarik pasal pokok indigofera ni (selain kandungan protein yang tinggi, UPM tengah kaji sekarang ni di LRGF) ialah pertumbuhannya. Cepat dan rimbun. After first pruning / harvest, the next 30 days boleh harvest balik. UPM pula tengah mengkaji the ideal time to harvest, whether hari ke 30, 40 atau hari ke 50 untuk kandungan nutrien yang optima pada daunnya. Another strong aspect of the indigo tree ni ialah daya tahan lasaknya.

Ok, how many indigo trees per goat? Ni depending. Actually nak bagi jawapan yang realistik pun susah jugak sebab LRGF pun masih dalam trial and error stage lagi. Mungkin ada penternak penternak mempunyai sistem sistem tersendiri dalam pemberian makanan kepada kambing, so mungkin pandangan saya tak boleh digunapakai. We have approximately 500 trees, dan kambing +- 150 ekor. Setakat ni tak cukup untuk menampung sebagai makanan tambahan kepada kambing on a daily basis (ON TRIAL LAGI). Dan satu lagi, pucuk indigo ni tak perlu masuk chopper machine, boleh cut and carry dan bagi kambing terus ruminate. Kambing memang suka daun dan pucuk indigo ni, that I can guarantee.

Nak tanam terus ke tanah atau dalam sowing pot pun boleh. We use sowing pots, UPM recommend this technique too. Cara menanam dalam sowing pot boleh rujuk kat sini.

Untuk tumbesaran yang pantas, PASTIKAN ANAK POKOK MENDAPAT CAHAYA MATAHARI SEPENUHNYA. Yes. Very important. Pokok boleh membesar walaupun diselindung oleh pokok lain, but the growth will be slower. It needs optimum sunlight for maximum growth rate. Dalam masa 5 bulan, pokok in boleh tumbuh pada kadar ketinggian 4 kaki / 120 cm.

Pokok indigo boleh ditanam rapat, to maximsie space area.

Diharap dengan adanya benih ni, serba sedikit akan membantu tuan puan penternak untuk menambahkan sumber dedaun makanan. Sekiranya berminat boleh sms saya di 0169193074. Beri nama, alamat untuk diposkan serta kuantiti paket diperlukan. Harga satu paket RM40.00 (termasuk pos)

Indigofera seeds for sale.
Indigofera 5 bulan

Mbekk!

5 comments:

  1. Mungkin saya pun kena start tanam untuk diberi kepada induk yg menyusu. Mana tau boleh tambah susu. Boleh kurangkan kebergantungan kepada concentrate/pellet. Lagi rendah kos. Hmmm..

    ReplyDelete
  2. thank you Adil, You have indeed done good deeds for goat community. I can add Indigofera to my salad garden comprising mainly of Moringa. Let us follow closely the footsteps of Alaminos goat farm. My address: Abdullah Ab. kadir. No. 32 jalan sepadu, taman sepadu, 01000 kangar, perlis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I see!!! Pak Lah la yang tanam 1 ekar moringga tu!! Salam perkenalan Pak.

      Nak tanya Pak, macamana prestasi moringga sebagai makanan kambing?

      Delete
  3. Assalamualaikum
    tumpang tanya.... pokok Moringo ini adalah dari keluarga kekacang. Jadi, jika diberikan kepada kambing tuan, ada rekod tak menunjukkan kambing tersebut kena kembung?

    ReplyDelete
  4. Aslmkum.Mcmna cara nak order biji benih indigofera?

    ReplyDelete