Saturday, 24 May 2014

JEJAK SUNNAH RASUL, JANG!!


Salam Mmmbbbekk, Bro!!

Dalam blog terbaru Bro Alwi, beliau menggiatkan kebangkitan Pure Breeder yang mengamal dan mengikuti cara para Rasul menggembala kambing-kambing!! Nampaknya bukan saja Bro Alwi yang yakin terhadap tradisi para Rasul ini. Universiti Sains Islam Malaysia, di Nilai telah juga memulakan berbagai kajian terhadap amalan menternak dan pemakanan sunnah Rasul ini.

USIM sedang menjalankan berbagai kajian terhadap pemakanan kambing, susu kambing....malah minuman susu kambing mengikut sunnah Nabi. Misalnya, mereka sedang mengkaji terhadap susu kambing yang dihasilkan dari pemakanan yang ditambah dengan buah tamar/ kurma!!

Khabarnya, susu yang dihasilkan oleh kambing itu terasa manis!!!

Pagi tadi seorang pengkaji USIM datang pulak untuk membuat kajian terhadap susu kambing LRFG!! Ini lawatan prelim katanya!!

Sharifah memberi penjelasan kepada Adil.

Sharifah ni sedang buat kajian untuk ijazah Sarjana berkenaan bentuk pemakanan dan penghasilan susu kambing. Kajian beliau merupakan satu aspek kecil daripada satu kajian master USIM mengenai  pemakanan Sunnah Rasul!! Alhamdulillah!!


In Sya Allah, bukan sahaja kita menternak mengikut jejak para Rasul tetapi susu yang kita minum dan daging yang kita makan juga adalah menepati sunnah Rasul!! Memang barakah menternak dan menggembala kambing ni, Jang!!

Selamat menternak
Es Emdi




2 comments:

  1. Semasa berpuasa di bangkok tahun sudah..jemaah di sana hanya bersahur dengan susu kambing dan buah tamar.

    Perut melayu saya semestinya bedal nasi. Keesokannya setelah penat kerja-kerja memilih lembu, cuba teka siapa yang paling letih dan lembik. Yangbsahur nasi kah atau yang sahur susu+tamar kah? Hahaha.

    ReplyDelete
  2. Hahahahaaaa!!! (Es Emdi)

    ReplyDelete