Salam Mmmbbbekkk, Bro!!
Kelmarin, Din dari UPM datang lagi untuk sambung kajian pokok indigofera!! Oleh kerana dia ni selalu sangat datang kek LRGF dan paling minat nak buat kajian, maka eden nak gelarkan dia ni sebagai DIN INDIGOFERA!! Bolehkan Din??
Mengikut kata Din, setakat ni dia belum buat kajian dan test masuk lab (makmal) lagi. Dia nak kaji prestasi penumbuhan dulu. Dah tiga kali dia buat cantasan, dan pokok tu rimbun tumbuhnya. Dia nak kaji berapa hari jangkamasa yang sesuai untuk tuai dedaun..nak beri makan kambing. Kat Indonesia sampai 90 hari katanya.
Tapi, Din dan pensyarahnya nak kaji jangkasa 30 hingga 40 hari. Tak boleh lama sangat, kata Din. Kalau lamat sangat tahap protein akan mengurang dalam daun. Kita nak maintain lebih dari 27 persen!! Kalau daun dah tua, fibre (sirat) akan lebih dari protein, jelas Din!!
Kalau kita ada banyak pokok tak apa. Kekurangan dalam persen protein tu boleh compensate dengan kuantiti bekalan daun!!
Din Indigofera dengan sample daun untuk kajian (gambar lama ni Jang!!) |
Din ada juga bagi tahu ratio indigofera dengan dedaun lain untuk makanan kambing. Kalau tak silap eden, 30 peratus mesti daun indigofera. Ada lagi kira-kira formula dia untuk satu-satu ekor kambing pulak!! Bila sampai masanya nanti eden kono tulis dalam buku ni, Jang.
Tapi, kambing memang gomar daun indigofera ni, Jang!!
Dah dapat gelaran Din Indigofera tu kena kaji sampai jadi pakar Indigofera la ye Din. haha.
ReplyDeleteItu yang kita mintak kat UPM,Bro!!
Deletemintak kaji sekali petai belalang, boleh?
ReplyDeleteUPM dah buat,Bro. Dia orang dah ada semaian. (Es Emdi)
ReplyDelete