Ke Sungai Buloh, Selangor.
Tuan puan pembaca blog sekalian.
Pasangan ni memang 'One of a kind'! Memang pasangan platinum! Otai masih mengemmbekkk! Multitasking bisnes operasinya
Bersih, tak bau kambing dan tahi, dijaga rapi dan selesa! - kandangnya
Sihat, berisi, banyakkk, manja dan very relaxed - kambing kambingnya
Sempena cuti semalam, saya dan Pak Es pegi melawat RZ Berkat Jaya Farm, by appointment. 11am. Ni penting. Ending nanti saya cerita.
Ok. Tak perlu elobarte pasal RZ Berkat Jaya Farm punya operasi sebab prof Alwi dah explain kat post dia Melawat Terjah Rakan Pembiak RZ.Berkatjaya Farm. Cukup lengkap. Exactly apa prof cerita, macamtu lah situasinya masa kami melawat. Tapi saya cukup RESPECT dan tabik lah Hj Rahim dan Hajah Zabidah ni.
Arrival: Hj Rahim tengah ready nak sembelih kambing utk aqiqah |
Percaya atau tidak, operasi penternakan kambing RZ Berkat Jaya Farm ni is a 3 man show iaitu Hj Rahim, Hajah Zabidah dan seorang pekerja indon. Itu je!! Bayangkanlah daily operation dari membersih kandang, bagi makan kambing (dua ratus lebih ekor rasanya), bersihkan kandang (Hajah Zabedah yang rajin main water jet), check kambing sakit, perah susu, marketing, layan customer datang dan macam macam lagi lah. Ni belum termasuk kalau ada catering aqiqah sebab Hajah pun masak jugak. Tu yang bangun pukul 3 - 4 pagi kalau ada tempahan.
Pasangan ini memang experience and knowledgeable pasal bab bab kambing ni. Hajah Zabidah bukan setakat moden (sebab rajin jugak berfacebook dan berGoogle) tapi berkebolehan dalam memberi rawatan kepada kambing kambing yang bermasalah dan sakit. (She can administer stomach tubing, yang dipelajarinya sendiri)
Menurut Hajah, penyakit puru kena kat kambing is dangerous. 'Jangan dikopek. Boleh berjangkit kat tangan kita!' katanya. 'Ada medication, asing mak dan anak, letak iodine kat tempat kena dan...............(tak ingat dah). Ada cerita jugak pasal ubat untuk kambing lumpuh. They are very caring and loving towards their goats. Can see. Dan saya tak ragu ragu lah nak rekomenkan orang untuk ambik kambing dari mereka atau saja datang melawat nak tengok kambing. Tip top dan bersih. Boleh tidur la kat dalam kandang tu.
Cantik kambing Hj & Hjh |
Petak ni tengah cramp sebab tengah repair lantai petak yang lain |
Bila sampai je kat rumah Hj & Hjh, kiri kanan ada pokok napier, depan ialah laman dan depan rumah, tapi kandang tak nampak. Farm ni kat dalam kawasan kampung, ada jiran bersebelahan. Kami disambut oleh Hajah Zabidah. Duduk dulu, light conversation (tapi dah tak sabar nak tengok kandang dan kambing) sampai dah bagi green light, beransur ke kandang.
To our surprise, kandang kat belakang rumah, memang betul betul belakang rumah! Kandangnya macam extension dari rumah yang didiami! Fully maximising the space available. Tak tahu macamane nak explain. Kena pergi tengok sendiri. Dan kandangnya besar. Memang impress lah. Seronok tengok. Yang menakjubkan tu, tak bau tinja kambing. Saya nak sarankan kepada penternak baru yang ada isu mengenai kekurangan kawasan untuk melawat RZ Berkat Jaya Farm untuk mendapat inspirasi.
Biri Biri eksperimen dibeli dari Hj Nasir |
Salah satu pejantan di RZ Berkat Jaya |
Salah satu produk yang dijual oleh RZ Berkat Jaya Farm ialah susu kambing yang dipastuerkan. Dulu jual yang raw goat's milk, lepas tu ada permintaan untuk dipasteurkan, so mereka invest pastuerization machine, beli kat Lazuli. Susu diperah sekali sehari pada waktu petang. Pagi tak sempat sebab kena handle urusan urusan kambing yang lain. Sesiapa yang perah, akan tukar pakaian yang baru dulu, pakai glove, apron, face mask. Hygienic procedure dititik beratkan. Dan susu kambing datangnya dari kambing yang dah 'berkacuk kacuk', non specific dairy breed. Sedikit review susu kambing RZ Berkat Jaya, memang sedap, smooth tasting and medium creamy. Dapat 2 botol free. Terima kasih Hj & Hjh!
Mesin pasturization, baru lepas basuh |
This one can drink & drive. Hahaha |
Gambar kat atas kiri Hajah Zabidah. Saya panggil Hajah 'Akak'. Kena marah yang manja. 'Mak cik lah!!" katanya. Tengah Haji Rahim. Ketayap yang dipakai ada kesan darah kambing sebab baru lepas sembelih dan kanan Pak Es Emdi.
LRGF mengucapkan jutaan terima kasih kepada Hj & Hjh kerana sudi menerima kunjungan kami dan berkongsi ilmu. Semoga RZ Berkat Jaya terus maju dan berjaya dalam ternakan kambingnya InshaAllah.
Sebelum bergerak pulang, kami disajikan dengan masakan Hajah Zabidah. Nasi lemak yang aroma halia dan santan yang cukup menyelerakan, dengan side dish sambal sotong pedas manis dan dipersembahkan juga ayam kampung masak sup (macam sup ekor). Mangga manis sebagai dessert. TERBAIK!!!!!!!
Hajah: Kalau main datang je, minum air kosong je lah.
Terima kasih Akak!! Thank you appointment!!!!!
Mbekk!
hahaha pantas sungguh melawat rakan pembiak! terbaik!
ReplyDelete.... orang tua bela kambing - memang bagi semangat kat anak muda!
Terima kasih!
That is my dream,tapi bila nak capai tak tahulaa.Kepada yang masih muda2,inilah contoh terbaik.Ubah minda,ubah persepsi.Penternakan mampu menjana pendapatan yang kalau diurus dengan betul.Kepada yg muda2 malulaa pada otai macam Hj. Rahim dan Hjh. Zabedah,OTAI MASIH BERBISA.sALAM UNTUK. Salam untuk Pok Es dan Hj. & Hjh.Doa saya semuga Allah memberkati kalian semua.Amin
ReplyDeleteSaya juga mendoakan agar Allah memberkata usaha Pok Wei!! Amiin!! (Es Emdi).
ReplyDeleteSy nk tnya psl susu.. mcm mane nk tau susu tu rosak..td sy perah susu kmbg sy..kmbg kg kacukan..tgok keluar susu ketul ketul kecil..xbyk..susu biasa byk gak.bau die okay..tp sy dh buang susu 2 sbb tkt rosak
ReplyDelete