Friday, 2 May 2014

PANTANG KIRA KAMBING

As salam tuan puan penternak.

Beberapa hari lepas pegi melawat seorang pembiak kambing. Boleh consider otai jugak abang ni. Namanya Amran Shariff dan ladang terletak di Labu, Negeri Sembilan. Jalan ikut pekan Nilai menuju Labu, berdekatan dengan Sime Darby Planter's Haven housing development.

Tiba je kat sana, nampak ramai pelajar UPM tengah sibuk kat kandang. Meriah! Bila ditanya UPM datang buat kajian apa, rupanya kandang abang Amran ni diambil sebagai 'landang angkat' oleh pihak UPM. Lebih terperinci lagi, kalau ada apa apa masalah tentang kambing, abg Amran akan contact UPM, mereka datang dan buat inspection, diagnose, rawat dan macam macam lagi. Pendek kata, UPM ni macam JPV (even better). Consider students yang datang akan dapat first hand experience and practical know-how to treat problematic goats. Memang untung la bang!. UPM telah mengambil ladang angkat abg Amran pada tahun.....(tak ingat pulak)

Abg Amran (tengah) dengan student UPM veterinar
Abang Amran ni dah 5 tahun full time menternak kambing, tapi kandang mula bina tahun 2006 dan adik ipar yang menjaga dan menternak. Masa tu abg amran masih kerja kapal, off shore. Mula menternak kambing boer FB, (masa tu boer tengah famous dipromosikan) untuk jualan baka. Bermula dengan 60 ekor boer. Pada satu masa, mereka berjaya menternak sebanyak 430 ekor! 

Tapi tapi tapi...seperti ramai penternak kambing lain, mereka mengalami pelbagai masalah dan cabaran. Macam macam. Pengalaman banyak mengajar. Masa tu bantuan dari segi kesihatan kambing kurang. Reference takde, bila kambing sakit tak tahu nak mintak tolong kat siapa. Nak pegi melawat kandang kambing penternak lain, ditolak. 

Lebih memeritkan, kambing boer 430 ekor tu tak dapat dijual. Tak dapat dijual dengan harga pasaran boer sepatutnya. Takde orang nak beli daging kambing dan baka yang mahal.

Kos operasi pun melambung. Pekerja sampai 6 orang, Kos makanan pun mahal terutamanya dedak. Duit dah banyak SANGAT dilaburkan. Sampai satu masa, keadaan terdesak, abg Amran dah nak give up. Putus asa tahap maksima.

Sebelum buat keputusan muktamad, beliau pegi jumpa salah seorang member penternak untuk mintak nasihat. Dan pandangan member ni membuka mata dan memberi peluang untuk abg Amran untuk mencuba lagi. 

"Cuba jual susu kambing" kata membernya.

Susu kambing boer, kereta biru kat belakang tu ada customer
baru sampai nak beli susu kambing untuk cucunya demam kuning.
Pada mulanya pun masih susah jugak nak jual susu kambing, masa tu  tak popular lagi. Satu masa tu berliter liter botol susu kambing (botol coke 1 liter) penuh dalam freezer tak terjual jugak. Nasib Abg amran baik, dapatlah tolak susu kat seorang pemborong ni. Masa tu harga 1 liter RM 8 je.

Susu kambing boer best! dan abang amran pun setuju sangat. Saya try sebotol, taste sooo familiar sebab sama macam LRGF punya. (we use boer goats too for our milk). Perut terus kenyang, tak makan tengahari lagi.

Sekarang alhamdulillah, sektor susu kambing abang amran dah nampak maju tapi in a good problem. Masih tak cukup untuk dibekalkan. Pening kepala dia cakap sebab orang main booking booking. And we both agree, although boer goat's milk is creamy and delicious, but lactation period is very short (5 months).

Kawasan ladang 2 ekar sempoi sahaja, dipenuhi dengan pokok napier bersistem intensif. Rumput dan dedaun masuk chopper, angkut atas kandang. Majoriti kambing boer, ada juga jamna sikit, kampung sikit, kalahari sikit. Terpegun bila naik kandang penuh dengan kambing kiri kanan depan belakang. Memang banyak. Sihat sihat dan bulat bulat.

Buluh tu garam jilat style orang kampung.
Nak elak kambing dok gigit papan kayu kandang
Bila dah jumpa dengan orang Nogori ni, borak ni memang rancak. Rancak sangat sampai dah tak ingat apa nak tulis kat sini. Adalah abang Amran share sikit pengalaman dia yang saya boleh recall;

"Ada member saya cakap dia makan lah kambing boer saya, rasa daging macam daging kijang!"

"Bilo dah masuk montornak kambing ni full time, dio kono toguih (terus) jo, takleh gostan doh. Gear high ke low jo yang boleh"

Masih menggunakkan hampas soya basah dan tidak menghadapi masalah tentang fertility induk. Setakat ni hanya satu ekor je mandul.

Ada menerima kambing pawah. Tahu dari mana kambing pawah ni datang dari mana. Tidak memuaskan.

"Patut eh susu boer ni boleh jual hargo premium, sobab dio ni creamy, boleh buek (buat) cheese. Saanen cair sikit, tak banyak lomak (lemak)."


Banyak lagi kami berborak, sampai 3 kali salam tak beredar lagi.

Terima kasih abang Amran kerana sudi menerima lawatan saya dan tak lokek berkongsi ilmu. Jemputlah datang ke LRGF. Semoga berjaya dalam bisnes ternakkan kambing, (Selain jual kambing, beliau jual susu kambing dan kambing golek)

Last sekali tanya abang Amran ada berapa ekor kambing sekarang kat kandang. "Adolah dalam tigo ratus lobih." katanya.

"Tapi kan, den tak leh kiro la berapo kambing den....ado pantang eh"

"Bilo kiro induk jo, sure ado akan mati, bilo kiro anak lak, pun samo jugak...ado yang mati. Dah tigo kali den buek camtu. Sekarang ni maleh (malas) nak kiro."

Mbekk!!











5 comments:

  1. Terperasan 1 perkara, gaya penulisan bro Adil ni dah hampir sama gayanya dgn prof Alwi. hehe. Tulisannya calm, tidak kelam kabut, tersusun, isi dikupas dengan baik, ada plot cerita dan ending yang meaningful. Well done bro!

    Anyway, great sharing bro. Tak pernah rasa lagi susu boer yang creamy. Kat kelate ni, asal susu kambing je, memang org akan fikir susu saanen je. Baka lain amat kurang sekali. Kena bawak masuk shami LRGF jugak ni nampak gaya. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak ye ke? Influence kut..tiap tiap hari baca blog alwi. haha.

      Tq membaca blog lrgf. (adil)

      Delete
    2. Good indicator bila susu kambing (tak kira baka apa) laku untuk jualan.

      Delete
  2. Ambo ni do kiro ketagih pangkat teruk dah,kalau tak tengok LRGF,ECH danALWI punya blok tok leh duduk la we,sbab demo2 ni banyak info.TQ kerana demo2 ni rajin nnulis(tulis).

    ReplyDelete
  3. Jangan dok kiro kambing,kiro untung dah le

    ReplyDelete