Hipotesis prof Alwi pasal 'susu boer memang sedap' mungkin ada kebenarannya. Dari pengalaman kami, kesedapannya konsisten even after 2 lactation. Konsisten dengan semua induk induk laktasi, dan kesedapannya pun diturunkan kepada anak anak cross mereka yang first time lactation.
Masa dulu dulu, first time Pak Es perah susu dari boer, saya pun super sceptical jugak tentang rasa susunya. Kambing bukan tenusu, tapi kita minum susunya. Best ke? Masa tu knowledge pasal susu kambing zero. Tahu minum je.
JPV department tenusu pernah menjalankan ujian kepada susu boer LRGF dan didapati susu boer is high in fat. That is in paper, dari segi visual pulak, bila kita defrostkan susu beku ni, dibiarkan dalam room tempreture or fridge tempreture, kebarangkalian kita akan ketemui ketulan ketulan putih (kecik kecik je), usually on the surface of the milk. So confirm fat ada. Ni dah indicate susu ni sedap berkrim bila minum. Goncang balik susu tu...hilang ketulan tu, dia dilute balik dalam susu. The natural homogenization effect.
High in fat does not mean it is 'bad' fat. This is quality fat.
'Its been shown that goats fed on high level pasture forage versus feed concentrates produce mik fat with higher concentration of MCT (Medium chain triglycerides)' - everything goat milk.com |
Kalau explore balik prof Alwi cakap pasal short lactation period, but quality milk for the boer kids growth, mungkin juga boleh dipertimbangkan teori tu. Kajian kat LRGF takde tapi observation ada.
Tak pasti dengan pengalaman dan observation tuan puan penternak yang lain, tapi kat LRGF, anak anak kambing kacukan (majoriti boer) kami, minum susu ibunya cukuplah banyak. Kena pulak banyak single birth, so tiap tiap hari ada double barrel of milk just for themselves. Barrel tak besar lah. Anyway, dalam masa 4 bulan, tumbesaran anak anak kambing ni cukup menggalakkan dan memberangsangkan....the bucklings especially.
Siapa yang ada boer kat kandang tu perahlah susunya dan try minum. I personally think crossing pejantan dairy dengan boer has potential. We shall see.
Oh ya, long time ago, ada jugak seorang penternak pernah post kat FB, katanya miking from non dairy goats is not good for business / merugikan. Why? The question still remains a mystery sebab tuan yang komen tu tak balas balik jawapan.
Mbekk!!
P/S: Terima kasih kepada abang sulung Eki kerana mengambil gambar gambar yang cantik untuk LRGF. Dia orang kreatif, so ambil angle gambar pun ada style.
Menarik ni..boleh cuba cross pejantan saanen dgn betina boer.
ReplyDeleteSaya hanya ada boer jantan..tak boleh perah..tak macam saanen jantan yang iklan kat mudah.my tu.
ReplyDeleteOn a more serious note, creamy or not, it depends on the genetic make up. Breed. So yes, mungkin boer milk is creamier than say..a saanen. But feed composition plays a part too. A little.