Tuesday, 6 May 2014

SIZE MATTERS

180ml - ada

200ml  - banyak ada

250ml - confirm ada

500ml - ada jugak

1 litre - maybe ada...not sure

Dulu dulu masa mula mula nak botolkan perahan susu kambing, we had no idea size apa yang patut digunakan. Yang mana kos efektif, sesuai untuk simpanan susu dalam bentuk sejukbeku, the acceptable amount of goat's milk that customer will be happy to purchase dan lain lain lagi. 

Masa tu pun tak tengok pulak dari sudut milk yield. Berapa banyak susu perahan yang dapat, equals to how many bottles we can have to stock up. Customer pun masa tu takde lagi. Botol pulak bukan senang nak cari. Nak beli kat kilang, kena purchase minimum order beribu ribu pieces. Beli kat kedai, harga sebotol merepek (1 botol RM 0.50 dah consider harga merepek) and limited choices in size. Stok pun tak banyak sebab botol ni ambik space yang banyak dalam kedai.

(400 botol 250ml dalam satu bag akan penuh back seat kereta Proton Saga)

Macam biasa kita follow lah pengalaman orang yang dah biasa buat susu kambing and our synergy partner masa tu guna botol 300ml material macam air mineral. Sales dia laju je, orang beli berbotol botol. So oklah, kita follow the flow.

kiri 250ml kanan 200ml
Sekarang dah ramai yang buat susu kambing dalam pelbagai saiz. They probably have their own reason why they chose those sizes. Seorang sahabat saya menjual size 500ml sahaja. Laku. Ada customer beli walaupun harga jualan dalam lingkungan kopi kat Coffee Bean. Kenapa jual saiz tu? Katanya nak 'let go' susu tu cepat, so that stock boleh replenish often. Kalau pakai botol kecik, banyak pulak stock. Makan space dalam freezer nanti.

Menurut supplier botol kami pulak, saiz 180ml biasa digunakan oleh JPV. Susu mereka diedar kat sekolah sekolah, jadi isipadu nya dah cukup memadai untuk kanak kanak minum. Rasanya kos pun murah bila botol tu kecik.

250ml
LRGF pakai size 250ml. Standard saiz ramai penternak tenusu gunakan sekarang. Isipadu ni suitable for daily consumption. Memang boleh minum satu botol terus habis dan tak membazir. Cukup mengenyangkan untuk individu yang mengamalkan minum susu untuk breakfast. Cukup untuk buat 5 cawan kopi atau teh bersusu. Storing capacity depending on customer punya peti sejuk. Satu lagi untuk kita yang buat susu kambing frozen ni, the smaller the bottle, the quicker it freezes.

200ml
Bila kita buat offer servis susu kambing delivery ni, ada kelebihannya dan kekurangan. Minimum order is a requirement supaya berbaloi atau dapat cover kos penghantaran. Ada jugak yang letak kos penghantaran as seperate payment. Both are non issue.

Tapi issue yang timbul pulak ialah stok. Milk yield varies month by month. Ada banyak dan ada yang sikit. Bila customer beli by bulk, you need to ensure stock kena sentiasa ada. Kena cuba untuk tidak putuskan bekalan. Dan mungkin salah satu option adalah untuk reduce size botol so that more goat's mik (bottles) is available in hand. However puas tak minum susu 200ml contohnya?

Dan pattern orang beli susu kambing ni ialah try 10 botol dulu, dan next order kuantiti increases. Its usually to cover for a week's consumption.

Nak source out susu kambing untuk tampung stok. Boleh. Doable, tapi ramai ke penternak tenusu kambing boleh supply? Not to mention there will be added cost involve.

Kalau yang small scale farm yang  baru nak start perah susu kambing for the first time untuk jualan, my opinion is to go for 200ml. Biar ada stok dari kehabisan stok.

Mbekk!!




5 comments:

  1. Masa saya dan isteri menjaja susu lembu dulu saya gunakan 250ml. Feedback customer katanya just nice. Tak lebih..dan tak kurang..just nice. Tapi ada juga yg minta 300ml/325ml. Yang minta tu peminat susu segar agaknya.

    ReplyDelete
  2. Bro Adil & Pak Es Emdi,

    Biasanya customer LRGF prefer raw goat milk or the pasteurized one?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni lrgf jual raw only, so far they like it. Repeat orders too.

      Delete
  3. Assalam.sy nk tnya la..botol susu nie beli di mana ye? Bole share no.fon company 2..sy mencari pembekal yg jual botol mcmnie..tq

    ReplyDelete