Thursday, 12 June 2014

CUTI-CUTI, JANG!!!


Salam Mmmbbbeekkk, Bro!!

Maseh musim cuti sekolah. Banyak orang ambil kesempatan untuk makan angin..rehat-rehat sama keluarga. Tapi kito penternak ni susah nak ambik cuti...asyik ingatkan mmbbeekkk ajor!! Kito bercuti kek kandang dengan kambing ajor ler Jang!! Yor tak??

Nasib baik cucu yang datang...memang nak bercuti dengan kito, tapi lebih syok main dengan kambing!!

"Mmmbbeekkk...what's ur name??"

Eqa memang suka kat kambing..tak ada langsung kekoknya. Boleh bergurau...boleh nyusukan  jugak.


                                               
Tak apo ler Jang,..cuti kek kandang pun relaks jugak...tengok cucu eden tu arhh!! 

*******************************************

Tapi kisah yang ni menghairankan.... tak nak ambik cuti pulak!!. Kek LRGF ni ado tiga pejantan Shami dan dua ekor lagi yang maseh bujang. Sebab dah kerja over sangat dan kerana banyak induk yang dah beranak dan sedang interval, eden berilah cuti pada pejantan si Don Juan ni. Bolehlah dia relaks...rehat-rehatkan badan tuuu!!Esok-esok nak gunakan laei!!

Eden pindahkan Don Juan dalam petak rehat.


Dah dua-tiga hari, eden tengok Don Juan ni macam tak rehat ajor... moyok pulak,..tak aktif,..makan pun dah macam tak berselera ajor!! Macam orang sakit pulak....kita bagi dia cuti supaya dapek rehat..ini macam dah terbalek punyer kes!!.Apo pulak kono erh si Don Juan nii?? Risau jugak eden, Jang!!

Pekerja baru eden, Fauzi tergolak ajor!! "Dia tak nak cuti, Bos!!...Dia mahu kerja 24 jam!!!" Jenaka betul si Fauzi niii.



Memang betul, Jang...Bila masukkan balek dalam kandang asal,..bergaul semula dengan induk-induk....dah aktif ajor dia balek,..dah elok jor selera Don Juan ni makan. Memang dio tak reti nak cuti, Jang!!

Selamat berternak
Es Emdi

1 comment:

  1. "Kita serupaaaa",lagu Zainal.Cuti ambo hariraya je,takdok ari minggu nak rehat2 ooooo.Dah biasa macam ni.Kalu ambo cuti hanya nak kayuh MTB je.MASA TAK TUNGGU KITA,KALU TAK KEJAR DIA TINGGAL KITA

    ReplyDelete