Wednesday, 11 June 2014

THANK YOU UNCLE!

As salam tuan puan penternak. Diharap penternak, kambing kambing dan pembaca sihat sejahtera. 

Pertama sekali pasal 'new look' blog LRGF ni. Sebenarnya silap teknik. Saya ter'delete' template asal. Aduhh!! Gone case. Kena buat baru pulak.

Second template dah buat, tapi Pak Es pulak cakap nampak semak. So this is the third dan dah malas nak tukar lagi.

Ok semalam ada customer baru beli susu kambing. Rasanya dah masuk 2 tahun buat susu kambing ni...this is the first buyer of its kind. Saya tahu market untuk golongan ini ada, cuma belum dapat penetrate lagi kut. Mungkin kat tempat para penternak dah biasa tapi kat KL ni belum lagi saya mendapat enquiry mengenai susu kambing dari mereka.

So yesterday LRGF pecah rekod kerana mendapat pembeli susu kambing raw lagi segar pertama....from a chinese man. Yes. Uncle Ho namanya. Nak try bagi cucu ke anak dia..tak pasti sebab ibu baby tersebut dah tak leh produce susu badan lagi.

Thank you Uncle Ho.
This is good news. Potential market to tap. Ramai dah tahu kebaikan susu kambing ni. It is not in their culture but they are aware of goat's milk health properties. Dan difahamkan juga, kat belah area Prof Alwi, ramai customer yang datang mintak susu dari beliau adalah dari uncle uncles dan aunties aunties. 

Dan sebab kehebatan susu kambing inilah, terdapat juga sebilangan bangsa cina menternak susu kambing dengan jayanya. Ada di Johor (menggunakan Anglo Nubian), Perak, Penang dan di Pahang Ms Yap menternak susu kambing anglo (if not mistaken too). Mereka ni hidden, tapi sedar sedar dah ada van distribution, complete dengan full body car sticker susu kambing. 

Dan kalau tuan puan rajin search kat facebook, sebenarnya ramai bangsa cina dah mula shift towards a healthy lifestyle dengan minum susu kambing.

Yes..The Real Healthier Milk.

Its time to brand Lalah River Goat's Milk.

Mbekk!!




No comments:

Post a Comment