Salam Mmmbbbeekkk, Bro.
Bak kata Bro Alwi, sistem ternakan intensif macam kek LRGF adalah cara makan tanggung....high input!! Dedaun akan diangkut dari kawasan sekitar untuk dihidangkan kepada komuniti mmmbbbeekkk kat kandang. Pada satu ketika eden pajakan ajer untuk mendapatkan bekalan daun-daun pelepah sawit, balik angin dan akasia satu lori kecil pada tiap-tiap hari. Satu bulan kena tanggung RM800.
Oleh kerana bekalan tu tak konsisten dan juga sebabkan kos,... maka terpaksalah gunakan pekerja sendiri untuk mencari dan angkut daun-daun. Nasib baik pula kerana lokasi LRGF ini berada di kawasan ladang sawit. Jadi bekalan daun sawit adalah mudah. Cuma cara nak angkut tu kena kreatif, Jang!!
|
Motor-angkut, Jang!!
Pekerja-pekerja baru LRGF nampaknya kreatif jugak. Mereka modified motorsikal untuk jadi motor-angkut!! Sekali angkut oleh dua motor ni dah boleh selesai satu kali hidang, Jang!! Tapi nak ada juga expertise, Bro!! Silap-silap boleh off-balanced,.... tumbang jugak!!
Nak kena pandai balance, Jang!!
Tiap-tiap hari, dua orang perkerja ini akan buat dua kali trip supaya bekalan daun akan sentiasa cukup untuk dua kali putaran. Mereka akan pastikan stock daun sawit ini sentiasa cukup..tak putus bekalan...
|
|
Baru sampai kat bangsal grinder.
Daun pelepah sawit menjadi anchor untuk daun makanan kambing LRGF. Ia perlu diproses melalui mesin grinder untuk penyekkan lidi daun....
Pakai grinder untuk penyekkan lidi daun sawit.
Daun sawit ajer belum cukup lagi, Jang. Dia banyak fibre...kena tokok jugak dengan "salad" lain dan juga bantu dengan dedak!!
Itulah namanya makan tanggung, Jang!!
Selamat menternak
Es Emdi
|
Looks like fun...I mean..riding the moto angkut with full load of palm frawns..haha.
ReplyDeleteECH- have not tried on my own....hihihih (Es Emdi)
ReplyDeleteMotor angkut dengan full load..sekali tengok macam kereta berhias..float..haha
ReplyDeleteHahaha..ECH.....Change of landscape,..tak ler boring sangat!!! Asyik dengan tupai dan monyet ajor!!!
ReplyDeletekreatif idea guna motor sahaja angkut daun sawit. tak yah guna trailer. terima kasih berkongsi idea!
ReplyDeleteAlways welcome,Bro! (Es Emdi)
ReplyDeleteAmbo doh buat tangga turun,tak payahpotong rumput lagi dan bermulalah cara Prof Alwi.GEMBALA
ReplyDeleteAlhamdulillah Pok Wei.....terus maju jadi pengembala!!
ReplyDelete