Salam Mmmbbeekkk, Bro!!
Pagi tadi Sdr Din dari UPM datang lagi untuk menyambung kajiannya terhadap pokok indigofera, yang kami jadikan dedaun makanan tambahan bagi kambing-kambing LRGF. Din sempat juga memberi eden satu salinan kertas kajiannya.
Dinyatakan dalam kertas kajian ini bahawa ciri-ciri pokok
indigofera teysamii ini adalah:-
- a fast growing leguminous tree
- its digestibility is usually slightly higher than the grasses
- the digestibility of crude protein is considerably high
- it is one of the legume based pasture that is suitable and palatable to ruminants as animal feed.
|
Tajuk Kertas Kajian "The Nutritive Value and in Sacco Degradibility of Indigofera Teysamii
by Muhammad Saifuddin bin Sapar, UPM
Sebenarnya LRFG dah dekat satu tahun tanam indigofera ni....asalnya dari benih biji dengan ehsan kawan breeder jugak...dah buat pruning beberapa kali untuk beri makan pada kambing. Dan dah cuba tanam dari cantasan batang pula.
Dahan-dahan yang dicantas.
Tanaman dari dahan pokok indigofera.
Pihak UPM pun belum cuba tanam pokok indigofera dengan menggunakan batangnya. Kerana itu, Din pun agak excited nak tahu perkembangan selanjutnya. Eden rasa boleh hidup....kalau nak ikutkan ciri pokok glircidia lerr!!
Din juga nasihatkan supaya siramkan tanaman itu selalu kerana musim panas dan Al Nino nii. Kek UPM pun mereka dah gunakan netting....
Hari ni pun memang panas kek ladang ni, Jang!! Kono dengan air kelapa pandan memang lerr best!!!
Kelapa Pandan tepi kandang tu memang lebat buahnya... |
Rezeki Din dapek minum air kelapa pandan.
Mengikut jadualnya, Din akan datang lagi untuk menyambung kajian indigofera ini pada 4 Julai nanti. Terimakasih Din.
Selamat menternak.
Es Emdi
No comments:
Post a Comment