Wednesday, 16 July 2014

CUTI NUZUL QURAN, JANG!!


Salam Mmmbbeekk, Bro!!

Cuti Nuzul Quran hari tu, ekau poei mano, Jang?? Eden, macam geng penternak lain, cuti kek kandang ajor laahh!! Cam mano nak cuti....membebek kambing tuu nanti!! Tapi eden memang tak nak poei mano pun ...sebab dah janji dengan Hj Mahpa nak datang lawat LRGF!!

Hj Mahpa ni beria sangat nak datang,...nak tukar pengalaman....nak dapat pengetahuan katanya!! Dia ni dari Sepang, dekat KLIA...memang geng memmbbeekkk!!

Hj Mahpa dengan Adil.

Minatnya nak menternak kambing sedang memuncak. Sampaikan kandang pun dah siap dibina...siap dengan infrastruktur sekali. Siang-malam fikirkan kambing, kata isterinya. Sebelum nak pergi kerja, tengok kandang dulu, katanya!!


Cuma belum decide lagi samada nak bela kambing daging atau tenusu...nampaknya macam dua-dua sekali tu!!
Hj Mahpa teruja dengan Don King

Seperti kebanyakan penternak di kampung, Hj Mahpa juga menghadapi kerenah dari masyarakat. Walaupun kandangnya diatas tanah seluas satu ekar, ada juga yang takut bau kambing akan mencemari udara persekitaran!!


Tapi Hj Mahpa dah ada jawaban dan contoh yang boleh dipraktikkan...yakni contoh daripada cara Hj Rahim dan isteri, Hjh Zabidah, mengendalikan kandang mereka di RZ Berkat Jaya Farm!! Kerana kebersihan kandang yang tip-top,...jiran-jiran bersebelahan pagar pun tak boleh nak komplen!! Hj Mahpa dah planning nak buat cam tu jugak, agaknya!!
  
Memang Hj Mahpa dan keluarganya dah bersedia benar nak menternak kambing!! Planning dan strategi agak jelas!! Cuma nunggu kambing masuk kandang ajerr lagi!!
Keluarga yang tak sabar-sabar nak jadi penternak kambing.

LRGF mengucapkan syabas dan mendoakan kejayaan sebagai penternak kambing kepada keluarga Hj Mahpa, Insya Allah!!


Terima kasih  kerana sudi datang melawat LRGF...diharap memberi manafaat!!



Selamat menternak.
Es Emdi

6 comments:

  1. Terimakasih Adil dan Tuan Haji Shahrom di atas kesudian menerima kunjungan kami serta berkongsi ilmu serta tips2 ternakan kambing. Bertambah2 semangat kami untuk jadi penternak setelah melawat LRGF...terimakasih juga di atas ole2 yang diberikan. Durian dan susu kambing LRGF memang terbaik!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mendoakan semoga Hj dan keluarga akan menjadi anggota penternak yang cekal dan berjaya. In Sya Allah!! (LRGF)

      Delete
  2. Makin bertambahle kekawan kite.Ambo doakankejayaan buat Hj Mahpa.Amin!

    ReplyDelete
  3. Yaaa Hj Mahpa! Bersama sama kita membebaskan diri dari kebergantungan!

    ReplyDelete
  4. tuan es emdi. sy baru dapat sms. ada orang kl nak 100 botol susu kambing selama 10 hari. buleh ko?

    ReplyDelete
  5. Blum boleh lagi,Bro!! Ini dah tahap komersial!!...In Sya Allah...menuju ke arah itu jugak!!

    ReplyDelete