Dah ramai yang kenal pokok indigofera nii...dedaun yang banyak protein untuk makanan kambing (?lembu). Kami di LRGF dah dekat 8 bulan agaknya mula tanam pokok ni..mula-mula kerana terpengaruh dengan kehebatan kandungan protein yang tinggi seperti yang dipromo oleh ladang Alameira di Filipina.
Nasib baik geng kito Don Jenal murah hati untuk beri biji-biji benih pokok ni. Alhamdulillah.. inilah taman indigofera kami kek LRGF!!
Tumbuhnya pun subur..tak susah nak jaga...tak perlu siram air...taburkan ajer tinja kambing tuu.
Tengok ni..bunganya pun lebat!!
Dah ada pun yang berputik...harap-harap menjadi,..boleh buat benih pulak!!!
Pihak UPM sedang buat kajian pokok indigofera ni di LRGF...Di Filipina para penternak kambing dah mula diagehkan benih pokok ni percuma. Begitu jugak di Indonesia...yang diusahakan oleh Koperasi Daerah mereka. Vietnam, Thailand pun dah mula tanam cara besar-besaran!!
InshaAllah bulan 10 akan dapat keputusan dari UPM kajian indigofera |
Kau dah tanam lum, Jang??
Selamat menternak
Es Emdi
terbaik jang oii..
ReplyDeleteKalau pak es gagal menyemai moringa, saya pula gagal menyemai indigo. sudah hampir 2 bulan pokoknya baru sebesar lidi. nampaknya kena bawa pisang sebagai pengeras untuk belajar menanam.
ReplyDeleteKena suruh isteri pulak yang tanam Pak Lah!! Kata orang, air tanaman isteri lebih manis!
ReplyDelete