Dalam tempoh menjual susu kambing ni, ada beberapa orang yang sebenarnya nak minum atau try susu kambing tapi tak berani. Takut nak cuba. Macam para peserta masuk competition program Fear Factor. Mind set mereka bermain-main dengan pelbagai imaginasi rasa susu kambing. Ada yang cakap 'panas' lah atau yang famousnnya bau hamis kambing.
Ada juga yang memang tak suka atau minum susu langsung.
Tapi ada satu customer ni menghadapi situasi diatas, tapi nak try juga susu kambing sebab ianya merupakan amalan sunnah.
So beliau jadi kreatif dan buat smoothie goat's milk. Bagus betul cara ni. Memang confirm sedap dan boleh minum. Blend semua ingredient sekali.
'Pertama sekali saya minum susu kambing. Blend dengan pisang,
mango, oat dan madu. Bagi orang seperti saya yang tak minum susu kambing,
dengan resipi ni, saya berjaya minum susu kambing. Sodap smoothie buah buhan
penuh khasiat susu kambing. Akirnya saya berjaya minum minumam Sunnah. Memang
lazat tak terperi.'
Hahaha. Tahniah kak Azila (beliau merupakan pereka fesyen dan owner pakaian muslimah jenama sendiri Lamina. Kalau nak tengok jubah jubah mak gojes, boleh check it out kat sini).
So nak variety kan lagi keenakkan minum susu kambing smoothie, dia buat resepi yang lain. Tuan puan boleh cuba resepi dibawah. Terliur jugak lah menengoknya.
2 botol susu kambing (atau 500ml) + 1 biji mangga + 1/4 buah naga + 1 scoop kismis + 1 scoop oat & 1 scoop nestum original. Tak perlu ais sebab susu dah sejuk. Try it, taste marvelous! Sangat smooth and creamy.
Mmmmmmm..Yummy!! |
Ni memang betul betul 'Smoothie Berkhasiat Sebenar!!'
Mbekk!!
No comments:
Post a Comment