Pagi tadi Adil hantar msg yang Mr.Faizal dari Gemenceh nak datang terjah kandang LRGF. Pensioner, msg Adil.
Bila eden terima call dari Faizal, macam biasa mintak dia tunggu depan Balai Polis Pedas,..nanti eden jemput untuk masuk ke ladang.
Tapi...nak jadikan cerita. network Maxis tiba-tiba kiokkk...tak ada signal langsung. Bila eden sampai depan Balai Polis,..Faizal tak ada,...tak nampak muka orang pensioner yang menunggu. Eden agak-agak, tentu Faizal ni lebih kurang umor senior citizen jugak!!
Lamo jugak eden nunggu...tibo-tibo dapat msg,..dari Faizal,...dia dah sampai kat ladang,...sebabkan tak ada signal tadi, dia mintak orang hantar kat LRGF.
Terperanjat jugak eden jumpa Faizal ni, Jang!! Tengok ler gambar mereka sekeluarga depan kandang LRGF tadi.
Belum ler berumur pensioner lagi...mudo laei, Jang!! Betul ler Adil ni,... beri salah info!!
Faizal dan isteri beliau, Normah, sama-sama bekerja di syarikat forwarding kat KLIA dulu. Mereka dah berhenti...Normah yang dulu. Mereka dah penat kerja dengan orang lain. Pikir punya pikir....mereka bertekad nak jadi Penternak/gembala Kambing, Jang!!! Hebat dan nekat keluarga ni!!!
Keluarga mereka pun memang minat ternak kambing, sejak arwah bapak dulu lagi. Jadi tak hairanlah kalau mereka ni dah jadi Mmmmbbeekkk Tegar!!! Menurut Normah,..kalau jumpa aja kandang kat tepi jalan, mereka akan berhenti..pergi terjah dulu!!
Faizal pulak tak renti-renti mimpi Mmmmbbbeekkkk!!!
Sebenarnya, mereka ni baru satu bulan betul-betul menternak kambing. Dah mula dengan tujuh ekor Boer...dan cadang nak tambah dengan kambing kampung!!
Kandang dalam kebun sendiri,...ada 4 ekar kebun sawit keluarga. Kelilingnya pulak ada ladang sawit lagi. Jadi memang sesuai untuk ternak kambing. Jadi memang tak ada masalah dengan makanan....rumput-rumpai pun banyak.
Faizal juga berminat nak tanam indigofera...tu posing dengan pokok indigofera depan kandang LRGF. Dia dah pun beli benih...nak disemai pulak katanya!!
Memang tegar keluarga ni nak jadi penternak kambing. Eden konfiden mereka ni tentu mudah berjaya, In Sya Allah!!
Terimakasih Faizal dan keluarga kerana sudi menterjah ke LRGF!!!
Mari ramai-ramai kito bolo kambing, Jang!!
Es Emdi.
Tq Tuan Haji, banyak tips Dan ilmu yg saya dapat tadi. Sedikit sebanyak menaikkan semangat kami utk go through. Nanti saya nak dtg lagi beli susu, tadi anak2 saya je yg habiskan. Tq once again Tuan.
ReplyDeleteSama-sama Faizal. Semoga terus maju dan berjaya. Mari samo-samo kito ternak kambing!! (Es Emdi)
ReplyDeleteRamai la kawan2 mbeeeeeek ni ye.Ambo le yang tok sempat nak tambah kambing.Tapi AZAM tak pernah padam.Masa tak begitu mengizinkan lagi.Walaubagaimana pun November ni,anakdara sunti ambo akan beranak .Mak tua 2 ekor,dara sunti 4 ekor.Agak2 nye kalut juge tu dibuatnye.
ReplyDeleteRamai la kawan2 mbeeeeeek ni ye.Ambo le yang tok sempat nak tambah kambing.Tapi AZAM tak pernah padam.Masa tak begitu mengizinkan lagi.Walaubagaimana pun November ni,anakdara sunti ambo akan beranak .Mak tua 2 ekor,dara sunti 4 ekor.Agak2 nye kalut juge tu dibuatnye.
ReplyDeleteDah lamo doh kecek ni Pak Wei!!!...Membesar keluarga tu..cerita baik,Pak Wei!! (Es Emdi)
ReplyDelete