Saturday 23 August 2014

KERJA KUAT, JANG!!!

Salam Mmmbbbeekkk, Bro!!

Pagi tadi sembelih kambing (untuk sambut birthday Eqa) buat khenduri di Surau Dusun Sungai Lalah. Tujuan untuk gotong ruyung... eratkan silaturrahim dikalangan komuniti kampung dan menyambut Raya jugak. Alhamdulillah, acara berjalan dengan baik.



Pagi-pagi lagi penduduk Sungai Lalah, Pedas, Rembau bergotong-royong menjayakan khenduri dan perjumpaan Hari Raya. Di ketuai oleh orang-orang kuat seperti Sdr.Hanip/Rafar, Hj Baharom dan Hjh Suah...Nasi berayani kambing jadi hidangan istimewa!!



Para jemputan kariah masjid  Pedas Tengah turut meriahkan lagi khenduri di surau kami pagi tadi. In Sya Allah, mungkin dapat diulang lagi...lagi pun Hj Baharum dan Hj Ishak dah sedia nak buat jamuan Nasi Dulang/Nasi Ambeng pulak!!!

====================================

Tapi Eqa petang tadi betul-betul tunjuk bakat...bukan aja lagi nak main-main dengan kambing. Tapi,..dah sedia dan ada bakat buat kerja di kandang jugak!!! Dia nak beri makan kambing jugak...ni kerja berat, Jang!!


Langkah 1:
Kalau nak beri makan kambing kat LRGF ni,..mula-mula kena bersihkan palung makan. Segala hampas pelepah daun sawit kena dibuang. Boleh buat tak ni, Eqa??


Buang semua lidi tu...Ni banyak lagi palung makan yang nak di bersihkan, Eqa???


Nasib baik Papa ada....okey clear, buang hampas-hampas tu,....bakar!!!


Langkah 2:
Bila palung makan dah bersih,...semua hampas sawit dah dibuang,...baru boleh beri makan pada kambing-kambing. Sekarang Eqa hidangkan daun sawit yang dikisar tu....baik-baik,..jaga-jaga jangan tumpah kat lantai!!!!


Kenapa bengis ni Eqa??Penat kerr?? ..Ha..ha..ha...Itulah caranya kalau nak ternak kambing niii....bukannya mudah!! Kena kerja kuat....Tapi Eqa best laaahhh!!! Pass punyer....Memang boleh jaga kambing LRGF!! Atuk boleh rekomen!!!

Selamat menternak
Es Emdi


No comments:

Post a Comment