Friday 5 September 2014

ANTARA SUSU KAMBING DAN SUSU TEPUNG

Assalamualaikum para penternak dan pengemar minum susu kambing serta ibubapa yang ada anak yang masih menyusu. Post kali ni interesting sikit untuk dikongsi. You can judge yourself or compare from your own experience. Ini berdasarkan kepada seorang ibu bersama anak beliau.

Amy berkerja di Universiti Malaya
Amy ni merupakan regular customer Lalah River Goat's Milk. Beli susu untuk anak dan dirinya sekali untuk minum. Start beli masa bulan Mei 2014 sampai sekarang. Sebelum ni memang pernah minum susu kambing yang dibeli di kedai mamak sebab dengan mengamalkannya dapat menambah dan memanjangkan tempoh pengeluaran susu badan. Sekarang masih lagi produce susu badan hampir 1 tahun 3 bulan.

Tujuan sebenar dia beli susu kambing ni adalah untuk beri anaknya minum, menggantikan susu formula bayi. Jadi anaknya dapat minum susu ibu + susu kambing setiap hari. So routine harian ni telahpun bermula semenjak 3 ke 4 bulan lalu.

Setiap pagi, anak Amy dihantar ke rumah baby sitter. Dibekalkan dengan 6 botol susu (2 botol susu ibu + 4 botol susu kambing, bukan saiz 4 botol susu LRGF 250ml. Mungkin dia guna 2 botol je kut.) Oh ye, anak Amy berumur 1 tahun lebih. Susu yang sampai ke tangan baby sitter tu dah defrostkan / cair tapi sejuk, so bila anak nak minum, susu tu dipanaskan tahap suam suam. 'Anak saya minum sejuk pun no problem' katanya.

Menurut Amy, selepas soal selidik dengan baby sitter, dia dapati ada 2 perbezaan bila bagi anak susu kambing dengan susu tepung.

(Perhatian: result ni berdasarkan pengalaman pengguna, bukannya kajian saintifik atau proven research so harap maklum.) 


  • Didapati susu kambing mengenyangkan anaknya. Efek ni sama macam minum susu ibu, tetapi susu formula buat anaknya cepat lapar. Hmmm..yes. saya boleh setuju dengan finding ni. Seorang dewasa yang minum 250ml susu kambing akan rasa kurang lapar bila minum pada waktu pagi hingga tengahari (or even longer). 



  • Penemuan kedua ialah bau berak. Tiada perbezaan diantara susu ibu dan susu kambing, tetapi susu tepung akan menghasilkan berak anak yang beraroma cukup cukup 'power'.


Pada mulanya Amy risau jugak nak bagi susu kambing kat anaknya, sebab takut 'panas'. tetapi alhamdulillah, tiada nampak ada kesan kesan sampingan. Sebenarnya isu susu kambing ni panas serba sedikit 'memanaskan' hati saya juga. Yes. Apabila ada orang yang cuba nak minum susu kambing dan post kat FB, ada pula kawan kawan yang warn mereka hati hati pasal susu kambing panas. Adakah 'panas' ni efek macam 'kalau makan durian banyak sangat nanti panas.' Macam tak logik je. Durian dengan susu tu kan jauh sekali komposisinya. Adakah anda telah experience pada suatu ketika dahulu bila minum susu kambing badan rasa panas? Yang ni saya sangkal 100% sebab setiap hari saya minum susu kambing. Malah minum malam malam memang best kerana tidur saya sentiasa nyenyak, tak terjaga tengah malam sebab rasa panas. Atau ada yang masih lagi terperangkap dengan fenomena makan daging kambing banyak sangat tak elok sebab panas, macam keluar 'false' artikel kat Harian Metro masa hari raya hari tu, orang meninggal pasal makan kambing. So nak relate kan dengan dengan susu kambing jugak. Hmmm tak patut tak patut.

So tuan puan, susu kambing tak 'panas' (whatever the meaning 'panas' is.)

Ok balik pada cerita Amy. Kawan suaminya pula risau tentang perbelanjaan kos susu tepung untuk anak mereka. Dikatakan kawannya perlu belanja RM300 setiap minggu untuk susu anaknya. Thats RM1,200 a month. Apabila dibandingkan dengan membeli susu kambing untuk anak Amy, dia hanya perlu membelanjakan sebanyak RM200 sahaja sebulan. That's a lot of saving.

They say goat's milk is the closest milk to mother's milk. Susu terbaik selepas susu ibu. Healthy and affordable. Setuju?

Mbekk!!


2 comments:

  1. Setuju saja..sebab anak saya sendiri minum susu kambing yang saya bela. Sihat je mengembang besar anak saya tu

    ReplyDelete