Ini gambar mesin chopper & grinder yang eden gunakan untuk memotong dan penyek daun-daun, khususnya pelepah sawit. Model FC 5500S ini dibeli pada 19 Oktober 2011.
Dari pengalaman sejak tiga tahun menggunakan mesin ini, ada beberapa perkara yang terpaksa diambil perhatian kepada yang berminat untuk menggunakannya. Yang penting sekali pasal mata pisau. Boleh dikatakan dah menjadi SOP bagi mesin chopper-grinder ni,...tiap-tiap pagi nak kena buka tudung bilah pisau, dan bersihkan sampah daun-daun yang membelit motor dan bilah pisau, macam gambar bawah ni.
Daun-daun akan membelit motor dan bilah pisau khususnya bila pisau tumpul. Tapi lagi teruk kalau kita grind rumput napier, sebab kandungan lembab yang banyak. Bukan aja motor pisau akan ketat dan tersekat, serombong yang muntahkan daun juga akan tersumbat.
Inilah rupa mata pisau yang dah tumpul..yang ini dah extreme sebab eden tak dapat nak tukar, spare parts belum ada bekal!! Tiap-tiap tahun eden kena ganti tiga bilah mata pisau ni..dan tiap-tiap hari kena asah supaya tajam untuk mengelakkan daun-daun membelit motor tu!!!
Kelancaran fungsi chopper & grinder ni sebenarnya banyak bergantung kepada keadaan mata pisau mesin. Oleh kerana eden belum dapat spare-parts pisau ni, memanglah tak boleh nak grind pelepah ataupun rumput napier. Memang tersangkut-sangkut..asyik nak kena bukak tudung dan serombong...kena buangkan keratan daun yang banyak terbelit dan tersumbat.
Jadi sebagai cara emergency dan alternatif,...eden tak gunakan pelepah lagi,..cuma ambil daunnya sahaja. Lagi pun kambing tu memang makan daun ajer...pelepah tu cuma jadi hampas. Mungkin lebih sesuai kalau nak buat silaj.
Memanglah cara ni kena extra input...
..tapi lebih mudah dan efficient....
..tak banyak terbuang.....
...yang tinggal cuma hampas lidi yang dikerat panjang dan penyet!! Jadi semuanya bergantung kepada pisau....mesti tajam, dan perlu dibersihkan motornya tiap-tiap hari!! Kena kerja cermat dan lebihlah sikit, Jang!!!
Selamat menternak.
Es Emdi
Rumitnya pakai benda ni
ReplyDeleteHarap2 cepat laa sampai spare partnya tu..tak sangka kalau nak tempah jadi mahal sangat..takde la rumit sgt pun design nya
ReplyDeleteSpare parts from China,Bro. Pembekal kata within 2-3 mnths.(Es Emdi)
ReplyDelete