Wednesday 1 October 2014

NIPPIES STORY, JANG!!!

Salam Mmmbbeekkk, Bro!!

Dah habis cerita kopek, ini cerita nippies pulak!!


Dulu pakai baldi ajo nak bagi kambing minum. Tapi leceh, kotor sebab mudah tercemar dengan kencing dan tinja..tak leh control kebersihan air minum. Lebih hygenic dan mudah ialah dengan menggunakan nipples (nippies)...paip air macam puting, Jang!!

Tapi tak semua mmbbbeekkk ni boleh diajar,....ada ajo yang perangai ganjil. Puting tu untuk minum,..tapi ada yang kokah pangkal paip pulak,...digigitnya batang paip pvc tu...
 

Habih-habih tu akan retak pangkal nippies....meleleh ler air....ini problem. Kalau lama-lama boleh reput papan lantai kerana sentiasa basah.

Untuk mengelakkan masalah nippies bocor...dan lantai reput, kedudukan nipples pipes ini secara ideal elok  dibuat kat luar. Bila kambing nak minum,...dia akan julurkan kepala ke paip,..jadi taklah merenjis dan membasahi lantai kandang.!!


Ini keadaan ideal,...tapi kadang-kadang ada keperluan nak buat petak-petak yang sederhana besar nak pisahkan anak-anak yang cerai susu,...atau untuk petak perah susu dan petak-petak kecil untuk wad bersalin,misalnya. Keadaan macam ini terpaksa buat paip nippies dalam kandang.


Oleh sebab keadaan macam ni, maka terpaksa buat maintenance tiap-tiap bulan. Kepala paip sentiasa nak dipastikan supaya tak ada yang retak atau tak ada air yang meleleh. Kalau papan lantai basah atau lembab maka perlu disapu cat supaya tidak reput.


Tu lar deh...kito pakai nippies sobab nak sonang,....tapi ada pulak additional input....nak kono kojo lobih jugak, Jang!!

Selamat menternak.
Es Emdi 

4 comments:

  1. Hahahaha. Kelakar betul gambar kambing yang kokah paip tu..saya punya takde pulak yg mcm ni. Semua sopan lagi setakat ini.

    ReplyDelete
  2. Pandai ko kambing ngan niple drinkers ni,brapo satu,beli kat mano?.

    ReplyDelete
  3. Saya beli kat Rembau...pembekal dedak. Banyak kedai vet ada jual,Pak Wei. (Es Emdi)

    ReplyDelete
  4. Saya pun gelak tgk yg kekah paip tu. Konon be different kots. Haha.. Kamben pun perangai mcm2. Mcm manusia gaks. Tulah tuannya kena terlebih kreatif dan inovatif utk sediakn kemudahan utk ternakan. Barulah hasilnya pun hebat. :-)

    ReplyDelete