Friday 3 October 2014

A SMALL WORLD

Assalamualaikum tuan / puan penternak & pembaca blog LRGF.

Masa bulan puasa yang lalu, saya telah dihubungi oleh seorang pemanggil yang minta saya supplykan susu kambing sebanyak sekian kuantiti (tak ingat berapa sebenarnya tapi memang banyak) dalam masa dua minggu. Beliau berhajat nak jual susu kambing. First time nak menjual. No experience. Tak tahu pun pasal susu kambing. Mungkin beliau nampak potensi perniagaan susu kambing ni dari sahabat beliau yang menjual di pasar malam (rasanya..tak ingat). Tapi dukacita LRGF memang tak dapat nak supply.

Kemudian dia hubungi saya lagi tanya pasal mana nak dapatkan botol. Beliau memang tiada ternakan susu kambing, cuma ambil susu dari penternak.

Beliau juga sering membaca blog LRGF dan serba sedikit cuba menimba lebih ilmu mengenai susu kambing.

4 bulan dah berlalu.....

Semalam saya telah mendapat mesej dari member saya, saudara Khalid, seorang usahawan bumiputera dalam industri percetakkan. Khalid ni terserempak dengan seorang penjual susu kambing di sebuah surau di Ampang. Khalid menegur beliau untuk memberitahu mengenai LRGF. Belum sempat nak habis Khalid tanya yang kawan dia ada buat kambing susu di Rembau, penjual ni berkata..

"En Adilnye ke?..."

Tuan / puan pembaca sekalian, what a small world. Penjual susu kambing inilah rupanya yang saya berkomunikasi dahulu.


Inilah En Hasnol. Salam perkenalan tuan. Tak pernah berjumpa lagi, cuma bercakap dalam phone je. Bersih dan suci muka dia..macam susu kambing.  Hahaha. Sejuk hati orang nak membeli susu En Hasnol.

Alhamdulillah bergerak juga perancangan En Hasnol berkecimpung dalam bisnes susu kambing. Siap ada poster lagi. Hebat En Hasnol. Menjual dekat surau atau masjid memang berkesan. Fast moving. Ramai orang menggunakan kaedah ini untuk menjual produk susu kambing mereka. 

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan selamat berjaya kepada En Hasnol diatas pengorbanan beliau dalam menceburi bidang minuman sunnah dan kesihatan ini. Nampak ada positive progress. Kalau penuh foam box tu dengan susu kambing 250ml, adalah lebih kurang 70 botol tu. 

Sesiapa nak cari susu kambing di Ampang (dekat Taman Kosas) boleh lah cari En Hasnol 0192313552.

Semoga urusan dipermudahkan, In Sha Allah.

Selamat HAri Raya Aidil Adha.

Mbekk!!.


2 comments:

  1. Saja nak tau kenapa tuan Adil tak dpt nak supply sekian byk susu kat Tuan Hasnol ni. Kenapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam AA. Production susu kambing belum mencukupi untuk menampung permintaan.

      Delete