bagi kambing. Boleh ke?
Salam tuan puan pembaca blog LRGF. Terima kasih kerana sudi membaca coretan kami. Alhamdulillah, ramai juga dapat buat kawan kawan dan saling bertukar dan kongsi ilmu. Sokongan sebegini memang memberi impak positif. Semangat lagi nak menternak kambing.
LRGF juga nak ucapkan tahniah keatas semua individu individu yang mula berjinak jinak dalam industri penternakkan kambing dari yang fokus kepada pedaging mahupun susu. Jom kita rancakkan dan bangunkan lagi industri ni. Salah seorangnya ialah Hj Mahpa.
Beliau ni pernah lawat LRGF dulu, dan masih keep in touch. Memang dah betul betul serious menternak kambing. Sampai beliau dalam meeting pun berwhatsapp saya pasal kambing. Ahahahahah..Kelakar haji ni. Tapi kena bagi pujian kerana passion dan determination beliau. Keep it up haji! Semoga berjaya inshaAllah.
Ladang bersebelahan KLIA. Memang strategik location bagi saya. Dah boleh cater demand di Nilai, Putrajaya, Sepang, Dengkil, Subang, Shah Alam, Seremban. Dengan KLIA pun boleh sapu. Lepas ni F1 racer pun bagi makan kambing golek. Short video klip dibawah ialah ladang beliau yang hampir ready for operation.
Tahniah juga kepada anda semua yang memperolehi rezeki yang memberangsangkan pada bulan lepas. Tak putus putus kenduri 'open house' yang menyajikan kambing golek sebagai main attraction.
Ok dah terlajak dari topik asal. Sori.
Tuan Hafizal Jaafar bertanya, susu formula bayi boleh bagi minum anak kambing tak? kalau boleh brand apa?
LRGF tak pernah cuba kerana kalau diperlukan, kami guna milk replacement, harga RM10 sekilo. But first option kita cari dulu ibu kambing yang boleh tumpang susu. Kalau takde baru guna milk replacement. Ada jual kat kedai vet or pet store. Lagipun kalau pakai susu formula bayi memang mahal. Untuk mendapat kesahihan isu ini, saya refer kepada Hajah Zabidah dari RZ Berkat Jaya dan beliau pun memberi pendapat yang sama.
'Tapi sekiranya keadaan terdesak, boleh cuba bagi tetapi kena buat susu tu secair yang mungkin. Very very dilute. Jangan bagi sama sukatan yang bagi kat bayi minum.' pesan Hajah.
'Kalau bagi pekat.... confirm anak kambing kena cirit birit!!'.
Thank you Hajah. Selamat mencuba dan harap post ni membantu para penternak tuan puan sekalian.
Atau mungkin ada yang berpengalaman tentang hal ni? Boleh kongsikan.
Mbekk!!

Air basuhan beras atau air gandum yg dimasak..ini pekerja myanmar saya yg buat..sampao besar anak kambing tu.
ReplyDeleteIlmu orang kampung.
Ah ha!! a new finding. Tq ECL
Delete