Hari ni masuk Fasa 2, sejak kami tinggalkan sistem makan-tanggung. Fasa 1 dulu cuma kami lepaskan kambing-kambing dalam kawasan dusun saja. Maseh mudah dikawal sebab dusun LRGF ni berpagar,...boleh nampak kambing-kambing dari tingkap rumah,...dan makanan pun terhad kepada rumput-rumput, daun-daun pagar dan dedaun buah-buahan.
Hari ini kami bawak operasi gembala maju selangkah lagi.
Tapi belum sempat nak bawak keluar kawasan dusun,..dah dikebasnya pokok anak durian...Durian Musang King dah jadi mangsa, Jang!! Yang berkerumun tu sebab dah dapat patahkan pokok Musang King!! Tu yang manjat pagar tu sebab nak curi-curi daun indigofera!!!
Baru dapat arahkan trafik,..keluar ikut lubang pagar..masuk kebun getah dibelakang kandang!! Fasa 2 gembala di luar kawasan dusun, Jang!!
Dah lamo eden aim nak bawak kambing masuk kebun getah ni, Jang!! Hari ni baru dapek bawak kambing keluar daripada kawasan dusun. Namun, belakang kandang ajor, Jang!! Tapi kono gembala jugak...tak boleh biarkan, Jang!! Anjing pun banyak kat sini!!
Selamat mengembala, Jang!!
Es Emdi
terbaikk lah Pak Es...sonang hati kambing tu dapek makan luar..silap2 dipanjeknyo pokok durian tu..hikhik
ReplyDeleteMusang King dah ranap, Bro!!
ReplyDeletelepas 6 bulan boleh buat laporan prestasi dah :D
ReplyDeleteIn Sya Allah, Bro!!
DeletePutih..putih..coklat..putih..coklat..fuhh..ramai sungguh.meriah!!
ReplyDeleteGood going pak es!!
Tak lama lagi semua coklat,Bro, In Sya Allah!!
ReplyDeleteMelepas le nak rasa MUSANG KING!.Walau apa pun itu lah kambing namanya,suka makan daun2 pucuk(muda).Insya Allah kambing pun akan come lote.
ReplyDeleteIn Sya Allah, Tok Ba!!
ReplyDelete