Friday 31 October 2014

KELUARGA MMBBEEKKK, JANG!!

Salam Mmmbbbeekkk, Bro!!

Faizal dan keluarganya datang terjah LRGF pada Selasa lalu...ini kali ketiga sejak bulan Ogos. Sejak berenti kerja kat syarikat forwarding, dia dah mula menternak kambing...Ini memang geng kaki mmmbbbeekk, Jang!!


Pertama kali datang kek LRGF pada bulan Ogos.

Kali ni keluarga dari Gemenceh ni datang nak beli susu...30 botol, Jang!! Beli sikit-sikit tak cukup...kena berebut dengan anak-anak, katanya. Satu keluarga memang kaki minum susu kambing!!


Mano tak berebut, Jang!!  Satu dah habis,...satu gogot lagi!!! Faizal juga berbisik..beritahu eden, Jang!! Susu kambing ni memang beri extra tenaga....isteri dia dah mengandung lagi walaupun ambil pil. 

"Dah rezeki, Faizal!! Alhamdulillah!!"

Minum susu kambing pun kurangkan dia muntah....boleh bawak kereta lagi, katanya!!!
Ni datang kali ni pun dah nak ambil anak kambing jantan.....nak siap-siap untuk buat aqiqah nanti!!


Tapi kali ni Faizal datang bawak omak sekali, Jang!! Puan Fatimah sama-sama pilih anak kambing jantan tuu!! Rupa-rupanya Puan Fatimah ni pun kaki mmmbbeeekkk juga, Jang!! Sebab arwah suami dulu ada bela kambing. Patutlah bakat tu tumpah pada Faizal jugak!!


Tak kekok langsung Puan Fatimah manjakan Don King!! Ibu Faizal ni memang seorang ibu mithali, Jang!! Bila suaminya kembali ke Rahmatullah, anak-anaknya masih kecil-kecil. Puan Fatimah gigih membesarkan empat orang anak-anak hanya dengan berkebun sayur, Jang!! Hanya dengan menjual sayur Maman..beliau berjaya membesarkan anak-anak dan memberi pendidikan tinggi. Kesemua anaknya dah berjaya sekarang,...yang bongsu seorang perempuan berpangkat Kepten dalam tentera dan Faizal yang sulung..baru berenti sebagai eksekutif syarikat forwarding dan mahu menyambung semangat kegigihan keluarga dengan berternak kambing!!

Berlinang airmata Puan Fatimah menceritakan perjuangannya, Jang!! Eden respect pada Puan Fatimah ni!!


Keluarga gigih..keluarga Mmmbbbeeekkk tegar!!

Salute...Eden angkat tabek, Jang!!

Selamat Maju Jaya!!
Es Emdi

No comments:

Post a Comment