Monday 24 November 2014

ASMARA DALAM KEBUN GETAH,..JANG!!!

Salam Mmmbbeekkk, Bro!!

Sejak pindah dari sistem makan tanggung,..kambing-kambing eden pelahap betul makan dedaun yang memang banyak dalam kebun getah dibelakang kandang LRGF nii. Macam-macam daun dibalun mereka nii...pucuk anak getah memang bertaburan,..pucuk paku memang banyak,..daun akar palas,...daun memperai...dan macam lagi yang eden tak kenal!!

Mula-mula tenggelam dalam belukar.... Dalam masa dua jam habis terang semua!!


Dalam pada itu, ada satu perkara yang merisaukan...Kambing-kambing ni kerana terlalu lahap dapat makan banyak dedaun,...eden tak nak nampak pun ada adegan asmara!! Betul, Jang!!...Tak nampak pun Don Juan,..Don King...Don Black...menenggek!! Macam tak interested....macam tak ada selera,..lebih kuat nak baham dedaun ajer....Bila dah kenyang,...si pejantan-pejantan ni ambik masa rehat....relaks...macam tak naik nafsu pulak!!


Naik risau pulak eden, Jang!! Adakah ini akibat perubahan kepada sistem gembala?? Tak pernah dengar pulak!!

Eden tanyokan pada pekerja,..kok dia ada nampak kambing-kambing ini berasmara dalam kandang bila dah pulang dari gembala...Tak ada pulak, jawabnya.

Eden suruh dia padamkan lampu kandang pada waktu malam. Ikut cadangan Bro.Alwi...manalah tau kot dia orang ni memang suka buat kerja dalam gelap!!

Memang suspens, Jang!!!

Hanya petang tadi baru ler pertama kali sejak pindah dari sistem makan tanggung.... eden nampak adegan "Asmara Dalam Kebun Getah"!! Logor hati eden, Jang!!


Tapi berebut pulak!!..Don Juan dan Don King tak ada langsung foreplay!!...Tak romantik langsung adegan asmara dalam kebun getah ni!!!..Siapa yang monang ni, Jang??


Don King yang dapek, Jang!! Jadi terbukti libido Pejantan-pejantan tu normal....Tapi mungkinkah yang betina pulak lambat naik miang??? Sebab aktiviti asmara kurang pada waktu gembala...

Camna pulak pemerhatian kekawan gembala yang lain!!

Selamat menternak
Es Emdi

3 comments:

  1. hehe tajuk memang gempak. mungkin amik feel dulu, bagi biasa dengan sistem baru,

    ReplyDelete
  2. Salam Bro Adil,

    Kambing saya terbalik pulak..sejak kami lepaskan utk meragut, performance dia semakin tip top. Tapi selalunya sebelah malam. Kandang saya memang takde lampu. Tapi pekerja saya inform, waktu malam memang kambing jantan saya buat kerja. Skrg ni ada tambah 2 ekor anak jantan, lagi aktif dibuatnya. Siang malam dia bekerja keras. Hehehe

    ReplyDelete