Wednesday 26 November 2014

Pemimpin UMNO patut ikuti kursus jadi Pengembala Kambing!!!

Salam Mmbbeekkk, Bro!!
(Jangan golak baco tajuk blog eden kali ni!!)

Sebab banyak orang tertumpu pada  masalah kepimpinan UMNO ketika ini..khususnya peremajaan parti, aku pun nak tumpang semangkok!!

Aku serius nak cadangkan supaya semua pemimpin-pemimpin UMNO (tua dan muda, lelaki dan wanita) wajib ikuti kursus jadi Pengembala Kambing!! Mmmbbeekkkk!!!

 Sebab yang Maha Penting ialah kerana telah disabdakan oleh Nabi Muhammad saw "Tidaklah Allah bangkit seorang nabi pun melainkan ia mengembala kambing." (Hadis Riwayat Abu Hurairah).

Kalau dah pemimpin-pemimpin umat pun dibangkitkan Allah dari kalangan pengembala, tidakkah pemimpin UMNO wajar mengikuti teladan penuh barakah dan teragung ini??

Ada seorang kawan pengembala menghuraikan syarat ini sebagai latihan mental, persediaan dan yang paling penting kesempatan para anbia untuk "networking" dengan Allah!!

Tapi aku nakkan orang-orang UMNO yang kemaruk nak jadi pemimpin tu belajar dan menghayati watak kambing dan memahami kenapa Allah mengangkat nabi-nabi dari kalangan pengembala kambing (bukan penternak dalam kandang).


Kambing ni tabiatnya DEGIL dan mudah BERPECAH...nak ikut caranya sendiri saja,...walaupun dalam satu kelompok tapi tak ada ketua tertentu,..Kadang-kadang yang muda pun boleh bawak jalan lain yang diikuti oleh beberapa anggota kumpulan!!

Tabiat yang menyulitkan kerja mengembala ialah tabiat kambing yang suka merayau-rayau...ada saja yang tak ikut barisan...ada saja yang nak keluar barisan ...maka berpecah-belah mereka mencari makanan dedaun!! Rambang mata bila tengok dedaun banyak!!

Bila berpecah dari kumpulan..mudahlah mereka sesat,...mudah diancam oleh anjing liar,...mudah tertinggal kerana kaki tersangkut akar semak!! Terjatuh dalam parit....

Kerana itu perlukan peranan Pengembala!! Tugas pengembala untuk menjamin keutuhan dan kesatuan kelompok,..perpaduan anggota-anggota,...keselamatan...tidak berpecah-belah..tidak ada yang terpisah.. Tugas Pengembala ialah memberi arahan (kepimpinan),...mengenal pasti arah-tuju supaya kambing dapat makan dedaun dengan selesa dan secukupnya!!


Dengan lain-lain perkataan, Pengembala mesti berdaya dan sentiasa berusaha supaya tiada anggota terkeluar dari barisan!!!

Dan semua ini mesti dilakukan oleh Pengembala dengan penuh himat. Para anbia menundukkan tabiat degil...suka berpecah-pecah...dengan kekuatan mental,..daya fikir...intelek,..muslihat perancangan dan ketabahan!! Para nabi tidak menggunakan kekuatan,..kekerasan..kekejaman,..aniaya...rasuah,...kuasa...untuk mengawal dan memerintah kelompoknya!!

Para nabi mengawal kelompok kambing-kambing mereka dengan penuh tanggungjawab dan rasa kasih sayang....


Kerana itu kepada anggota-anggota UMNO, yang berhajat nak jadi pemimpin, ikutilah kursus jadi Pengembala Kambing!! Ingatlah akan sabda Nabi Muhammad saw yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad,"Peliharalah kambing kerana padanya ada keberkatan"


Inilah khidmat seorang Pengembala!! Satisfaction yang tak dapat ditandingi oleh jawatan pemimpin dalam UMNO!!

"Dan bagi kamu pada binatang-binatang ternak itu, keindahan (yang menarik hati) ketika kamu membawanya balik untuk berehat (pada waktu petang) dan ketika kamu membawanya keluar (pada waktu pagi)." Surah An Nahl, ayat 6.

* Gambar-gambar di LRGF hanya sebagai hiasan.

Salam hurmat
Es Emdi

4 comments:

  1. Buah pemikiran yang sangat baik dari Pok Es!!

    ReplyDelete
  2. Saya setuju, memang patut sangat. Tapi depa ni Kenal ke kambing

    ReplyDelete
  3. Mereka mesti "bergelumang" dengan kambing,..bau hamis dari kambing,..."ditundukkan" oleh kenakalan dan kedegilan kambing....Kambing boleh mendidik mereka supaya merendah diri,..jangan terlalu sombong dan mengembala kambing boleh menanamkan sifat sabar yang tinggi!! Inilah medan latihan tertinggi bagi pemimpin UMNO!! (Es Emdi)

    ReplyDelete
  4. UMNO nak jaga kambing??? Jaga anak sendiri pon kelam kabut...ni kan plak nak jaga kambing...asyik jaga periuk nasi je geng2 UMNO ni...puiihhh...

    ReplyDelete