Thursday 15 January 2015

BENIH INDIGOFERA, JANG!!!

Salam Mmbbeekkk, Bro!!

Sudah lebih setahun, kami di LRGF mula menanam pokok indigofera (yang benih biji telah didapatkan dari Sagama Farm, di Filipina yang dibekalkan kepada kami oleh Kapten Don Jenal....Terimakasih Kap!!).

Pihak UPM pula telah membuat kajian terhadap pokok indigofera di ladang kami ini. Mereka telah mendapati bahawa  kandungan Crude Protein pokok ni memang tinggi,...mengsahkan kajian-kajian lain yang dilakukan di Filipina, Indonesia, Vietnam dan Thailand.

Daun indigofera ini kami gunakan sebagai back-up untuk makanan masa emergency seperti musim hujan baru-baru ini. Alhamdulillah, tanaman utama 'salad garden" kami ini dah pun membuahkan kekacang.


Insya Allah, LRGF dah boleh mengeluarkan benih indigofera. Eden pun dah nampak ada kekacang yang dah mantap,..dah tua pun!!


Eden dah petik beberapa kekacang,...excited sangat nak tengok hasilnya. Beginilah rupanya.. benih dan biji indigofera kat ladang LRGF.


Kekacang yang dah masak tu.. keras dan padat. Biji-bijinya berwarna hitam...tak macam yang kami tanam dulu yang berwarna perang-jernih!! Lagi pun eden nampak kekacang ni agak kecil saiznya!!

Tak tahu lerr camna bentuk kekacang yang terdapat di Sagama Farm atau di Alaminos Farm!! 

Camna pokok tanaman kekawan lain?? Kapten Don Jenal camna??

Selamat menternak.
Es Emdi

3 comments:

  1. Simpan Pok Es banyak2 ambo pun berkenan benar ngan indigofera ni,Banjir lalu mengajar segala galanya.Sekarang pun kambing ambo tak leh turun meragut lagi.Rumput abih diliputi lumpur tebal.Abih doh pokok2 kegemaran kambing disekitar kampong ambo,pakat tebang .Morringga daun kecik,pas tu kambing ambo tok makan sbb tinja jadi cair.Mencabar sungguh.Banjir yg lepas2, lumpur tak setebal banjir ni.Ni lah seingat ambo banjir yang paling teruk ngan lumpur.Setengah tempat tu lumpurnya melepasi paras lutut.Jalan ke Pantai Cahaya Bulan berdebu,ari2 ambo macam ninja le,pakai topeng,hehehehe.Walau apapun,ambo ucap syukur banyak2 pada Allah atas lindungan keselamatanNya pada ambo dan keluarga serta ternakkan .Panjangnya hehehehe!.

    ReplyDelete
  2. Syukur Alhamdulillah, keluarga dan kambing selamat!! (Es Emdi)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete