Minggu ni memang demam....teruk kat batuk,..hidung berair..nak tolong Fauzi pergi gembala pun tak terdaya!! Tambah pulak demam kek kambing-kambing. Minggu ni ajo, masuk enam ekor kambing keguguran. Ini kes yang ke enam petang semalam!!
Sebenarnya kambing ini adalah saki-baki kambing pawah. Dua bulan lalu eden tengok ada beberapa ekor yang dah nampak tulang rusuk. Bulu pulak tak berapo licin!! Eden suspek memang cacing punya kes ajo!! Eden nampak masa tu belum bunting,..jadi bagi ler Alben,...lepas tu follow-up dengan B12 dan iron!!
Jangkaan eden tu meleset, Bro!! Rupa-rupa erh, ado kambing yang eden bagi ubat cacing Alben tu dah pun bunting!! Itulah yang menyebabkan keguguran..premature dan bleeding!! Ini satu pengajaran, Bro!! Jangan main agak-agak....kalau nak selamat beri ubat cacing yang tak ada impak pada kambing bunting!!
Eden sepatutnya kono patuh pada SOP asal...beri ubat cacing pada induk hanya selepas beranak!!!
Semua kambing yang baru beranak dah pun eden bori Alben..sonang dah tak payah demam pikirkan wabak anemik lagi....kalau nampak jugak tulang rusuk, injek dengan B12 dan iron...jangan lupa garam jilat (kata Bro Alwi)!!!
Namun begitu, Alhamdulillah kandang LRGF dah mula bising. Mmmbbeekkk..Mmmbbeekkkk!!
Walaupun dah lewat satu bulan,.. selalunya kambing-kambing beranak pada bulan Disember,..(mungkin kerana pengaruh anemik)...petak-petak untuk beranak dah mula penuh!!
Ini member baru yang ke 15, baru lahir petang semalam!! Ini satu pengajaran, Jang!! Kono patuh pada SOP....jangan mandai-mandai nak ubah!!!
Selamat menternak.
Es Emdi
Assalam Pak Es. Ada baiknya setiap hujung tahun, SOP kita buat Famacha secara kerap. Mana yang tak pass, kita bagi dewormer + iron. Tiga minggu kemudian, kalau masih rendah famacha score, kita bagi iron + oxytetracycline.
ReplyDeleteMy intuition - ada wabak yang sedang menular pantas ke seluruh semenanjung. Samada disebabkan lambakan kambing import yang berpenyakit, atau pun cuaca yang lain macam.
Tk diatas cadangan,Bro!!
ReplyDelete