Saturday, 31 January 2015

BILO NAK NGENTEL, JANG???

Salam Mmbbeekkk ,Bro!!

Bagi penternak kambing tenusu, soalan yang selalu difikirkan ialah bila masanya yang sesuai untuk mulakan ngentel. Kalau ikut cara Syarikat kambing Shami di Cyprus (yang diikuti oleh otai Shami di Chembung Berkat, Rembau),.anak kambing tak dapat langsung rasa susu ibu!! Beranak ajer,..terus diceraikan!! Anak diberikan susu gantian...dalam botol!!

Sebabnya adalah obvious....nak dapatkan susu yang banyak dari ibu yang baru beranak tuu,..dan juga untuk mengelakkan puting susu tu luka kerana digigit oleh anak!! Alasan ini juga menjadi SOP beberapa kandang di Thailand!!

Tapi eden tak sampai hati, Jang!!Macam tak natural ajerr... Lagi pun, itu cara extra dan additional-input!!


Ini gambar sekumpulan anak-anak kambing kacukan Shami yang dah berumur satu bulan. Malam hari dulu eden baru pisahkan dari ibu masing-masing. Jadi, pagi tadi baru boleh mula ngopek untuk dapatkan susu dari kumpulan induk-induk baru!!


Inilah SOP kat kandang LRGF. Kami hanya mula perah susu bagi ibu yang baru melahirkan anak hanya setelah satu bulan. Tiap-tiap malam kami akan pisahkan ibu dan anak, supaya ibu dapat mengumpulkan susu untuk diperah pada keesokan pagi.

Sesudah operasi ngentel, barulah diberi peluang kepada anak-anak pula. Jadi pada umur 1- 2 bulan, tahap operasi ngentel ialah peringkat "sharing'.


Pada  mula-mulanya memanglah pendimonium..hiruk-piruk...Anak memmbbeekkk cari emak;...emak pula menjerit cari anak!! Malam-malam bila dipisahkan... lagi lerr bising!! Begitu jugak bila dah pagiii.....hinggalah bila dibawa masuk dalam satu petak semula!!


Bila anak dah berjumpa ibu,...bila anak dah dapat nyusu,....baru lerr calmmm!!! Itu pun kena tunggu dua-tiga minit,..nunggu susu turun semula!!

SOP ini terpakai sehingga anak berumur tiga bulan, bilamana di cerai susu terus!! Walaupun anak dapat curi-curi nyusu waktu digembala, tetapi sudah tidak tinggal dalam satu petak yang sama!! Secara praktiknya, operasi ngentel sepenuh masa hanya berlaku setelah anak berumur tiga bulan, bilamana telah bercerai-susu!!


Proses ngopek dan ngentel ini akan berterusan apabila ada kumpulan lain yang sudah sedia nak masuk labour ward, macam kumpulan F1 kacukan Shami di atas!! In Sya Allah, rantaian ngopek tak putus, dan bekalan susu LRGF juga tidak terjejas!!

Kalau nak ngentel, boleh datang kek LRGF, Jang!!

Selamat menternak
Es Emdi

No comments:

Post a Comment