Friday, 6 February 2015

SUMBANG MAHRAM....JANG???

Salam Mmmbbeeekk, Bro!!

Kepada penternak yang mengamalkan sistem semi-intensif, yakni kambing turun kandang untuk digembala meragut rumput dan dedaun, masalah sumbang mahram atau in-breeding merupakan satu perkara yang merunsingkan. Kambing-kambing dari beberapa generasi, dari atuk, nenek, bapak, emak, abang, kakak dan cucu-cicit,.. bebas bergaul semasa digembala!!

Kalau dikurung dalam kandang, mereka boleh dipisah-pisahkan. Masalah sumbang mahram dapat dielakkan!!

Inilah yang merunsingkan eden, Jang!! Tambah pulak eden sedang laksanakan proses kacukan..baru nak sampai F3!! Masalah in-breeding ni boleh kucar-kacirkan program kacukan LRGF!!

Minggu lalu sekor induk F1 dari generasi ketiga melahirkan anak kembar..Eden memang tak sangka sebab  first birthing, tapi cucu eden bawak ong Year of the Goat agaknya!! Eden naik cuak jugak...takut-takut dah jadi mangsa sumbang mahram!!


Inilah dia anak kembar tu...identical twins, Jang!! Nampaknya bulan Februari ni, banyak anak yang hitam-hitam ajor, Jang!! Tengok kat bawah niii!!


Yang ador stripe putih tu ikut omak erh, Jang!! Tapi yang sekor laei ni memang full-black!!


Hati eden logo tengok anak-anak warna hitam ni, Jang!! Sebab eden yakin, ini bukan produk in-breeding. Bapak erh memang warna hitam...Tentu Don Black punya waghih!!


Ini ler Mr.Don Black, Jang!! Agak erh dio kojo kuek..extra time untuk Year of the Goat!! Eden perhatikan dio orang ni buek kojo masa dalam kandang ajorr..Itu sebab eden pasangkan dia dengan cek mek F1..dan dah mula berhasil bulan Februari nii!!!


Minggu ni jugak, eden introduced Don Bujang kepada anak dara F2 dan ada juga tiga ekor Pure Blood Shami. Pecah teruna si Don Bujang minggu niii!! Inilah cara eden nak elakkan sumbang mahram dan mengawal program kacukan Shami di LRGF!!

Tapi maseh tak dapat mengatasi masalah masa mereka bebas digembala!! Cuma eden dapat reduced the risk dengan mengurung dan pisahkan adik-adik jantan yang tak dibenarkan meragut bersama dan diharap dengan ada 4 ekor pejantan, kemungkinan kadar sumbang mahram tu dapat juga dikurangkan!!! In Sya Allah!!

Selamat menternak.
Es Emdi

1 comment: