Friday 2 January 2015

INDIGOFERA PODS

Assalamualaikum tuan puan pembaca blog. Selamat Tahun Baru 2015.

Dah hampir setahun LRGF dah tanam pokok indigofera, dan hasilnya amat memberangsangkan. Masa musim hujan macam sekarang, pokok indigofera menjadi makanan 'back up' untuk kambing kambing LRGF kalau tak dapat dibawa meragut.

Dalam tempoh setahun ni, pertumbuhan pokok, kajian khasiat daun, percambahan pucuk selepas dicantas dan pengeluaran bunga menunjukkan tanda tanda yang menggalakan untuk menjadikan pokok indigofera sebagai salah satu pokok tanaman legume yang berpotensi tinggi. Menurut Dr. Fakar (dulu kerja di Lazuli & membuat kajian indigofera juga), di Indonesia telah lama menggunakan indigofera sebagai makanan ternakkan, hinggakan daun indigofera dijadikan dedak / pallet. Dan yang terbaru, indigofera juga boleh diberikan kepada ternakkan unggas. 

Tapi yang merisaukan sikit di LRGF ni ialah pertumbuhan pods indigofera lepas berbunga. Lama jugak kami tunggu. Dua pokok indigofera kami spare kan, yang tidak dicantas untuk melihat penghasilan pods. Bunga tak payah cakap, memang lebat dan banyak, tapi lama kelamaan bunga menjadi layu, kering dan menjadi macam abu bila dipegang. Suspen jugak dibuatnya sebab tengah pikir camne nak dapat benih lagi lepas ni kalau pokok ni tak menhasilkan benih. Adakah keadaan di ladang tidak cukup efektif untuk penghasilan benih?

Semalam buat spot check kat pokok spare ni dan alhamdulillah, berita gembira sempena tahun baru. Terhasilnya pods pods indigofera. Setahun jugak kena tunggu rupanya.

Pokok indigofera umur setahun
Bunga memang banyak. Secara logiknya, pods benih terhasil pun akan banyak.
Tu dia.. close up pods. Benih akan terhasil dalam pods bila sudah matang.
Camni rupanya pods terjadi lepas bunga.
Tengah ialah daun indigofera. Kanan daun morringa (marungay)
Saiz daun indigofera
Next, nak tunggu berapa lama tempoh pods akan matang untuk seeds collection. Stay tuned.

Mbekk!!



1 comment: