Monday 5 January 2015

OTAI DARI MELAKA, JANG!!!

Salam Mmbbeekkk, Bro!!

Tn Yassin datang sekali lagi, mungkin sebab ladangnya kat Rembau tu dekat dengan kandang LRGF. Kali ini dia bawak Pak Andak, Tn Chik Putih..betul-betul otai...sifu...dari Masjid Tanah, Melaka!! Tenguk muka Tn Chik Putih ni pun dah memang ada chop otai, Jang!!


Credentials Tn Chik Putih ni memang berjela, Jang!! Dari seorang pegawai kerajaan, kepada pensyarah keusahawanan,...terus jadi usahawan pulak,..publisher lagi,..ternak ikan air tawar jugak dan yang lekat akhirnya sebagai breeder dan pengembala kambing!!! Syabas, Tn Chik Putih!!


Masa Tn Yassin datang kali pertama minggu lalu, dia dah beritahu yang akan bawak juga otai ni datang melawat. Tentu dia paling berminat, katanya!!

Memang betul, Jang!! Eden terus boleh klik dengan Tn Chik Putih. Cerito kito lebih kurang ajor ni, katanya!! Dia pun terpaksa tinggal sorang diri kek kandang,...kena full time, katanya. Keluarga tinggal kat PJ, ajer lerr!! Samo ler kito satu nasib, nampak errr!!!


Tapi, otai ni lebih impressive, Jang!! Dia ni jugak kaki golf...jadi jangan terperanjat kek ladang kambingnya pun boleh main golf... par three!! Sebab itu pelancong banyak datang...international, Jang!! Boleh main golf,...main-main dengan kambing,...boleh enjoy eco-tourism...dan menginap pulak style Homestay kat ladang otai nii!!

Dia ajak eden masuk groupnya..Encounter,...boleh simbang-simbang pasal kambing,..pasal pokok indigofera,..pokok turi....dan jadi pendesak kepada JPV dan kerajaan!!

In Sya Allah, Tn Chik Putih. Dan, terimakasih kerana sudi datang melawat operasi LRGF!!

Selamat menternak.
Es Emdi.

2 comments:

  1. Ape yang dirancang tapiTuhan yg menentukan.Doa ambo agar Pok Es,Adil sihat.Tak tahu la bila nak sampai kat LRGF.Teruk banjir tahun ni,hampir2 ngan lutut atas rumah,tapi Alhamdulillaah,semua selamat.

    ReplyDelete
  2. Syukur, Tok Ba dan keluarga...dan mmmbbeekkkk semua selamat!! Kena khenduri selamat ni,Tok Ba!! (Es Emdi)

    ReplyDelete