Salam Mmbbeekkkk, Bro!!
Memang Mmbbeekkkk, sebab Tahun Baru Cina kali ni ialah Tahun Kambing!! Banyak dapat angpau, Jang???
Pagi-pagi laei eden dah dah dapek angpau,...kambing beranak kembar lagi!! Yeh..Year of the Goat, Jang!!
Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekelian alam!! Alhamdulillah, bertambah lagi kambing-kambing kembar di LRGF. Bulan Januari dulu dah bertambah 15 ekor. Bulan Februari ni dah mencapai 10 ekor!! Rasa amat bersyukur sebab kambing yang dilahirkan pada bulan Februari ni,...semuanya betina belaka!!
Memang Tahun Kambing, Jang!!
Sempena itu eden nak ucapkan jugak Selamat Tahun Baru Cina khasnya pada YB Kok. Kepada geng-geng beliau seperti Khalid Samad, Nurul, Samad Said dan yang sebulu dengannya,....eden syorkan supaya cuba-cuba ler belajar mengembala kambing!! Ambillah iktibar daripada kambing secara orang Islam (jangan ikut budaya dan kepercayaan Kok)!!
Belajarlah tidak sombong dengan mengembala kambing. Belajar ler merendahkan diri,..belajarlah bersabar,.. (tak tension..kurang darah tinggi)...belajarlah bersifat bijaksana untuk memimpin,...belajarlah tidak degil,..belajarlah tidak berpecah-belah....belajarlah nikmat bersatu dan berpadu.....belajarlah menghormati naluri orang lain, walaupun dari mahluk seperti kambing!!
Yang paling penting,...belajarlah menjadi pemimpin yang dapat meneraju, waras, dan memberi arah kepada kelompok kawalan anda!! Supaya keselamatan dan kesejahteraan kelompok pimpinan anda itu terjamin!!
(i.e. kambing tak bertaburan berpecah-belah,...kambing kenyang makan,...kambing tak dimamah anjing liar...kambing semua selamat dan tahu pulang ke kandang!!).
Belajar ler menerima nikmat Allah!! Tidak sia-sia Allah mengangkat semua nabi dari kalangan pengembala kambing. (Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah).
Sebagai orang Islam, Shahril Samad, Nurul dan yang sebulu dengan Kok, eden cadangkan supaya ambillah kursus dan bercuti untuk jadi pengembala kambing!! Kalau dah para nabi dan anbia pun terdidik dan menimba pengalaman dengan mengembala kambing, takkan YB tak nak ikut teladan yang khusus diangkat Allah ini???
Selamat Tahun Kambing. Mmbbeekkk!!
Selamat mengembala.
Es Emdi
Ralat: Got confused....kekal sebagai Khalid Samad di perenggan akhir. Sori TS!! (Es Emdi)
ReplyDelete