Pagi ni rasa sedih sikit. Minggu lalu sekor kambing eden beranak kembar jantan. Tapi yang adek..Little Brother,..dilahirkan lembik,..tak dapat nak berdiri tegak!! Inilah gambar masa dilahirkan minggu lalu!!
Sebabkan tak dapat berdiri,..tak dapat nyusu,... kenalah forced feed. Mula-mula dengan syringe,..lepas tu dah boleh nyusu kolustrum dengan botol.
Eden perhatikan dia dah mula kencing,...tahi kuning pun dah keluar. Mungkin ada harapan bagi Little Brother ni, eden berdoa!!
Malam tadi, Fauzi beritahu yang Little Brother susah nak telan susu..selalunya boleh habis satu botol, tapi malam tadi cuma setengah botol kolustrum ajer!!
Pagi-pagi tadi,..eden belum sempat sarapan laei,...Fauzi telepon,..."Anak kambing dah tewas Tn Aji!!"
Baru kelmarin eden mintak Adil belikan Biodyl..nak kuatkan urat saraf Little Brother tuu. Walaupun Lazuli beritahu yang ubat Biodyl tu dah discontinued, eden mintak Adil belikan replacement jugak!!
Tu yang rasa sedih sikit tu, Jang!! Memang dah nasib,..tak ado rezeki,!! Little Brother tewas dalam perjuangan....kes kematian anak berumur dibawah tiga bulan yang pertama tahun ni, Jang!! Marker warna merah tu tanda anak yang kembar dah tinggal satu ajerr.
Bulan Januari dapat rezeki 15 ekor. Bulan Februari pulak 12 ekor. Tak ada yang tewas!! Bulan Mac ini dah tinggal 12 jugak....satu dah tewas, Jang!! Tapi, masih bersyukur kerana mortality rate almost zero, Jang!! Alhamdulillah!!
Selamat menternak
Es Emdi
Semoga digantikan dengan yang lebih baik.
ReplyDeleteAmin!!
ReplyDeleteSalam n SANSAW.terima kasih datang melawat.ada kurang minta maaf.ada komen yg membina silakan.tq
ReplyDelete