Saturday, 21 March 2015

SOP DE-WORMING, JANG!!

Salam Mmbbeekkk, Bro!!

Pagi tadi kat kandang LRGF meriah lagi. Dapat rezeki single birthing,...anak yang ke 14, kacukan Shami F2 untuk bulan Mac ini. Syukur, Alhamdulillah!! Kalau single tu,..selalunya badan lebih besar dan tegap!!


Oleh kerana kami mengamalkan sistem gembala....yang lebih terbuka kepada ancaman kecacingan,...maka mustahak dijadualkan program de-worming yang efektif. Program nyah cacing ni terpaksa disesuaikan pula dengan jadual program tenusu di LRGF.

Di LRGF, kami melaksanakan dasar "sharing susu" dengan anak-anak yang baru lahir. Kami tidak ganggu anak-anak untuk membesar dengan menyusu dari ibu sehingga berumur satu bulan. Pada umur dua bulan, kami mulakan konsep "sharing", yakni anak-anak dipisahkan pada malam hari dan dibenarkan menyusu dengan ibu hanya setelah jadual perah susu dilakukan. Dan pada umur tiga bulan, peringkat cerai susu baru dilaksanakan!!

Untuk tidak mengganggu operasi "sharing susu" ini, jadual de-worming harus diselaraskan sejak induk melahirkan anak pada hari pertama lagi. Jadi pagi tadi jugak, eden mulakan jadual de-worming!!


Inilah de-worming kit kami di LRGF.

Pada hari pertama ni, eden suntik dengan Fercobsang untuk iron dan B12. Dan untuk mulakan program de-worming di suntik juga Ivermecin, 2ml. Suntikan Ivermec ni perlu dibuat awal kerana withdrawal periodnya lebih 21 hari untuk boleh mula perah susu!! Selepas withdrawal period ni, baru eden sambung dengan Alben pula (5 ml), yang withdrawal periodnya cuma 4 hari!!

Maknanya, dalam masa satu bulan pertama ini, operasi perah susu di LRGF adalah dilarang!!. Kaedah ini memenag sesuai dengan jangkamasa de-worming dan memberi peluang kepada anak-anak untuk membesar dengan menyusu dari ibu tanpa gangguan!!

Jadual alternatif untuk program  de-worming ni boleh juga dilakukan ketika "drying-off", setelah kopek dah kering, dah kurang susu untuk terus diperah!! Tetapi kaedah ini tak sesuai di LRGF sebab kami melaksanakan operasi sistem gembala!!


Engkau paham ajo lerr Jang!! Bilo dah lopeh samo-samo tu....si Jantan geng Don ni bukan err roti nak "drying-off". Bilo dio nak nenggek,....tak dapat nak halang do, Jang!!

Selamat menternak.
Es Emdi

No comments:

Post a Comment