Hujan lobek boto, Jang,...cats and dogs teh omputeh. Nak poei gembala memang tak boleh...jadi kito sambung corito Three into One hari tuu!! Kek mano hari tuu, Jang???
Okey,...sistem semi-intensive dan eden amalkan cara mengembala. Kok ternak kambing pedaging memang top caro gembala ni, Jang!! Low-input dan kambing konyang bulat perut..boleh minimised guna dedak,...cuma nak rajin de-worming ajo!!
Tapi eden bolo kambing tenusu, baka kambing Shami!! Jadi bilo bawak gembala, kopek yang besar, penuh susu dah jadi masalah pulak!!
Kopek bosar-bosar ni sonang tersangkut duri...kok luka kek punting, dah susah anak nak nyusu!!
Tengok tu, Jang!! Tigo kali luko....baru nak baik!! Tapi timbulkan masalah bagi anak nak nyusu. Kopek sebelah sakit..kalau tak dikeluarkan susu, nanti keras,..kena mastitis,...atau titik besar sebelah!!
Ini satu masalah bila mengembala kambing tenusu. Tapi masalah yang lebih rumit ialah nak control jadual anak menyusu supaya boleh pulak eden perah susu untuk consumption. Ada kandang-kandang yang mengamalkan sistem intensive makan tanggung (malah di Cyprus sendiri,..kandang yang membiakkan baka Shami ni) menceraikan anak-anak dari ibu sejak hari pertama kelahiran lagi!! Tapi eden tak sampai hati kerana melawan tabii semulajadi nii.
Jadi, eden mulakan operasi tenusu hanya pada bulan kedua. Selalunya eden pisahkan anak-anak yang dah berumur dua bulan ke tiga bulan pada sebelah malam supaya dapat perah susu ibu disebelah pagi esoknya!!
Amalan perah susu macam ini dapat eden sesuaikan pulak dengan jadual deworming bagi induk-induk yang beranak,...yang perlukan masa panjang untuk withdrawal sebelum dimulakan memerah susu mereka.
Tapi bilo kito bawak kambing-kambing turun kandang,...bawak poei gembala, sistem ni dah jadi purak-peranda!!
Tak leh control doh, Jang!! Umur dah tigo bulan pun maseh nak nyusu laei!! Camno nak cerai susu camni?? Walaupun pada waktu malam boleh diceraikan anak dengan ibu,....bilo dibawak meragut, semuo planning dah tak leh pakai!!
Jadi, sistem semi-intesive tak boleh memberi hasil tenusu 100 peratus. Sekurang-kurangnya 4 bulan kono berkongsi dengan anak-anak, Jang!! Itu baru 2 into 1, cerito nombo tigo,..camno pulak?? Kito sambung nanti!!
Selamat menternak,
Es Emdi
Salam n SANSAW.serabutyo bunyiyor.camno jadi camtu pulak?.Pak Es kena guno "critical thinking" baru boleh managering critikal problems.bunyinya sonang tapi nak buek susah.Calculation===.+ - × ÷ dy/dx. £ =I in l ,2 in l, 3 in l.sonang apa tu.tq
ReplyDeleteBerserabut,Pak!! Ini dah jadi 4 into 1,..hihihih!! (Es Emdi)
ReplyDelete