Tuesday, 14 April 2015

NO 3 OF THREE INTO ONE!!

Salam Mmbbeekkk, Bro!!

Eden dah corito 2 aspek dalam sistem semi-intensive yang dilaksanakan di LRGF. Buek gembala dan ditokok dengan  perah-susu pulak, Jang!! Dua-dua aspek ni kena adaptasi dengan operasi di LRGF.

Yang no. 3 pulak, Jang!! Yang ni eden tak dapek nak solved!!


Berebut nak nengek masa gembala!! Sebab terlalu bebas,.. yang jantan-jantan Don ni ambil peluang betul. Ada masa berebut..berlaga-laga!!


Yang masalahnya, eden tengah buat kacukan Shami dengan Boer untuk dapatkan baka tenusu Shami!! Masa dikurung dalam kandang dulu, memang boleh control,..boleh jamin tak berlaku sumbang mahram!! Setakat ini dah sampai tahap F2..dan untuk F3 pun maseh dalam kawalan.

Tapi bila dah lepas untuk digembala, sistem kacukan ini jadi purak-peranda!!


Camno nak buek ni, Jang?? Mungkin kono keluarkan Don pejantan ni dari kumpulan betina!! Dah kono gembala berasingan....additional work dan pekerja tu, Jang!! Tengah pikir-pikir ni, Jang!!

Selamat menternak
Es Emdi

5 comments:

  1. Kalo jd kat teman kes mcm ni..pnyelesaian yg teman nmpak adalah dengan memakai kan jantan2 ni sluar..so that even die pnjat betina,die xdpt nk tusuk keris die..hahah guro je pok es

    ReplyDelete
  2. Pening Pok Es kalu dok pikir yg jantan2 ni, 4 bulan umur dah mengganas,tu le ambo lo ni tak simpan yg jantan yg tak nak pakai,buat letih kita je.

    ReplyDelete
  3. Pok es..saya cadang..jantan yg nak di pakai tu..lepas gembala dgn betina..yg tak nak di pakai lagi..boleh buat intensif..jantan tak banyak. Kerja pun tak banyak sgt. Boleh tu. Saya punya 2 ke 3 kali anak..tujar jantan.

    ReplyDelete
  4. Bro ECH,..saya ada cuma 4 jantan, yang asal dari luar kandang..jadi in-breeding dapat dikawal...belum berlaku atuk kawin anak atau cucu!!! Sementara anak-anak jantan yang lahir dari kandang LRGF, memang saya let go pada umur 3-4 bulan, tak sempat in-breeding. Mungkin saya kena tukar jantan jugak lepas nii!!!

    ReplyDelete
  5. Pak es, eden pikir, masa gembala x payah bawa jantan. Jantan biar duduk kandang je. Atau lepaskan keliling kandang je. Takdelah pening nak control.

    ReplyDelete