Wednesday 12 August 2015

KENA BELAJAR ILMU FALAK JUGAK NI,JANG!!!


Salam Mmbbeekkkk,Bro!!

Pagi tadi sekor lagi kambing beranak. Alhamdulillah!! Ini adalah gelombang kedua musim beranak di LRGF. Gelombang pertama dulu adalah diantara bulan Februari hingga April. Eden perhatikan ada perbezaan kali ini!


Yang jelasnya, setakat ni dah kurang yang kembar, baru dua induk saja. Dan yang lebih ketara  ialah kelahiran banyak anak jantan. Dari jumlah 9 ekor, 7 ekor adalah anak-anak jantan, hanya 2 ekor betina setakat ini!! Berbanding dengan gelombang pertama dulu, kadarnya ialah 60:40, lebih kepada anak betina!!

Kenapa agaknya,Jang?? Eden pun naik risau niii!!
Eden teringat akan perbualan dengan Tok Imam masjid kariah kampung dalam Majlis Raya baru-baru ni!! Tok Imam tu baru menghadiri kursus ilmu Falak anjuran Jabatan Mufti Negeri Sembilan.
Penceramahnya ialah seorang ahli falak tersohor di Johor, iaitu Ust Hanafiah (?).


Yang kito tahu, ilmu falak ni bila nak tentukan mula Puasa dan Raya ajor!! Rupa-rupanya lebih pada itu,Jang!! Falak ni satu ilmu tentang pergerakan benda-benda langit seperti bumi, matahari, bulan, bintang-bintang dan juga tentang gumpalan awan.

Ilmu Falak dapat menentukan waktu solat, arah kiblat..malah ada yang berpandukan ilmu falak untuk memilih nama, jodoh dan sebagainya!! Mengikut Tok Imam masjid kariah eden tu, Ustaz Hanafiah ada beritahu bahawa tokey-tokey ikan laut dalam pun ada meminta nasihat beliau..nak tahu dari kiraan putaran bulan, bintang, matahari dan bumi bila ikan besar banyak dilaut! Bila boleh turun ke laut??

Dan ada satu cerita yang berkaitan dengan kito penternak kambing ni,Jang!!

Ustaz Hanafiah ni pernah dititahkan oleh Sultan Johor untuk menasihati berkenaan ternakan kambing baginda yang menjangkau ribuan ekor itu. Ada dua perkara yang agak menghairankan baginda. Kenapa tiap-tiap hari tak kurang 20 ekor kambing-kambing jantan mati.Dan kenapa terlalu banyak sangat anak-anak kambing yang dilahirkan adalah jantan belaka??

Ustaz Hanafiah telah turun ke kandang dan meneliti akan rekod setiap kambing. Akhirnya, Ustaz Hanafiah mendapati bahawa dari segi kajian ilmu falak, masa kambing-kambing mengawan adalah tidak sesuai. Kerana itu banyak anak-anak jantan yang dilahirkan dengan kadar yang tidak seimbang!!

Ustaz Hanafiah menasihatkan agar kambing-kambing jantan dikawal dan hanya dibenarkan mengawan pada jadual falak yang ditentukan.Alhamdulillah, populasi kambing jantan berkurangan dan  kematian juga dapat diatasi!! Itulah fungsi ilmu falak dengan kambing yang diceritakan oleh Tok Imam,Jang!!



Anak kambing yang lahir pagi tadi adalah betina,Jang!! Tapi kadarnya maseh terlalu banyak anak jantan!! Nampak err kono belajar ilmu falak jugak ni,Jang!!

Selamat menternak,
Es Emdi

1 comment:

  1. Setiap apa yg Allah buat tentu ada manfaatnya..nanti dapat info ilmu falak ni share la lg ye tuan

    ReplyDelete