Friday, 20 September 2013

DILEMMA DEMAM KUNING

Ibu tak perlu risau.

But there is two school of thought. Modern scientific advice or the traditional way?

Dilemma.

Jom baca artikel ini dari Harian Metro mengenai demam kuning oleh seorang pakar kardiologi pediatrik, Dr Azam Mohd Nor dari Hospital Perubatan Pantai. Easy to understand on the what and why jaundice occurs kepada bayi yang baru lahir. Kepada ibu bapa yang akan menimang cahayamata soon, good news is jaundis atau demam kuning adalah perkara yang normal, satu fenomena biasa.

Saya petik sedikit artikel diatas:

"Jaundis berlaku apabila darah pada bayi menjadi rosak, pecah dan dicernakan dalam hati. Pencernaan dan penguraian komponen dalam darah ini akan menghasilkan bilirubin.

Biasanya bilirubin akan dibuang melalui najis dan air kencing. Tetapi apabila terdapat terlalu banyak darah yang rosak dan pecah kemudian dihuraikan secara serentak dalam satu masa, tahap bilirubin dalam darah akan meningkat. Peningkatan bilirubin ini yang dapat dikesan melalui kekuningan pada tubuh bayi".

"Apa yang membuat keadaan bertambah kusut, apabila orang disekeliling mencadangkan agar menggunakkan pelbagai kaedah tradisional seperti bayi diberi minum susu kambing, jemur bawah matahari, mandi air kunyit dsbnya. Petua in mungkin berguna, mungkin juga sebaliknya atau akan membuat keadaan bertambah teruk"

Ok, yang nak saya kupas dari artikel kat atas ni ialah topik tentang petua tradisional yang diamalkan oleh ibu bapa untuk mengubati penyakit demam kuning ini, dan salah satunya yang popular dikalangan orang melayu ialah dengan memberi bayi minum sedikit susu kambing.

So, kalau kita memahami ayat yang saya highlight warna biru tu, It does not say yes, nor say no. Tengah tengah. Vague. Tak sure. Macam boleh cuba minum tapi... or..better not take the risk but tak bagi sikit kang melarat pulak demam kuning. Orang dulu dulu buat ok je.

So the question is does it really work? 

Dalam kamus Dewan Bahasa, 'Petua' ni ditakrifkan sebagai:

1. Keputusan atau pendapat mufti (bukan masalah agama Islam)

2. Nasihat dari orang alim dll

3. Nasihat (pelajaran, peraturan) yang baik.

Dalam Harian Metro (artikel yang lain) jugak saya petik - ada yang menyatakan juga petua ialah perubatan tradisional amalan orang zaman dulu kala untuk mengatasi masalah yang dihadapi terutamanya dalam kehidupan seharian. Ia diamalkan dengan harapan setiap penyakit boleh disembuhkan.

Hmmmm.....Kalau ikut kamus, tak berapa sama from my understanding. Lepas tu petua ni untuk perubatan je ke?

Petua ni sefaham saya adalah sesuatu amalan, tindakan ataupun nasihat yang dipraktikkan dari generasi ke generasi (turun temurun) melalui pengalaman untuk kebaikan sesuatu dari sudut makanan, kesihatan, keselamatan , everyday living dan sebagainya. Ni takrif saya. Pemahaman saya. Not a general understanding or consensus.

Memang tak logik sikit petua petua ni, but somehow experience thought us that it somehow miraculously work or benefited in some way. Tak masuk akal. No scientific explanation or proof, takde connection langsung, but it works for some. Mari lihat contoh berikut;

  • Kalau nak kasi lauk daging tu lembut, masukkan sudu sekali. (Sudu boleh kasi daging tender ke? Tang mana?)
  • Nak kasi lauk sedap, masukkan garam tu pakai tangan, jangan pakai sudu. 
  • Kalau tak nak kena nightmare masa tido, basuh kaki dulu. 
  • Jangan nyanyi kat dapur, nanti kahwin dengan orang tua.
  • Amik limau dan kapur dan gosok kat ketiak untuk elak ketiak hitam.
(Pasal potong bawang tak nak nangis pun ada, tapi lupa apa orang rumah cakap hari tu)
Macamana tu? Nak percaya atau tidak? Ni jam dah zaman serba moden lagi canggih ni, boleh pakai ke?

Saya dilahirkan pada zaman yang bukan hardcore amalan petua. Nak mengukuhkan perbincangan ni, i'm not the right person to say. However I believe, which most of us would agree to some point that, petua ni adalah amalan semata mata untuk tujuan yang baik lagi murni.

So lets leave it at that.

Dari sudut saintifik pulak, ni yang saya puas meng'google' dan research. Maybe tak cukup buat penyelidikan, but i have yet to find a documented, experimented result dan kajian on the effects of goats milk towards babies with jaundice. What components or contents in the goats milk that contributes towards reducing or controlling bilirubin ni. Anyone reading this knows? Tolong sharekan dengan saya (dengan fakta sekali).

Adakah kemungkinan demam kuning ni dapat dihindar dan dikawal semasa bayi dalam kandungan lagi? Menurut Dr Azam tadi, secara saintifik, faktor peningkatan bilirubin bayi dari normal meningkat kerana:

  • Bayi tak diberi susu ibu sepenuhnya 
  • Bayi pramatang kerana hati tidak dapat memproses bilirubin dengan cepat
  • Sel darah merah bayi mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek
  • Proses kelahiran seperti kaedah vakum
  • Darah ibu dan bayi tidak sesuai
  • Ibu menghidap kencing manis
  • Penggunaan oxytoxin ketika proses kelahiran
So some are before birth and some are after birth causes rupanya. Sekiranya begitu, mana pulak datangnya kesan minum susu kambing ni?

Teori lemah saya berpendapat kualiti intake makanan dan minuman yang berkhasiat memainkan peranan untuk ibu dan kandungan. The better the food, the higher chances of the baby to be healthy and for the mothers to produce breast milk. Ini disebut oleh Dr Azam lagi, bagi menghasilkan susu ibu yang banyak dan berkualiti, ibu harus mendapatkan makanan yang berkhasiat dan seimbang supaya dapat meghasilkan susu yang banyak dan berkualiti.

As most of us know the superior and nutritious goodness of goat milk can do to a human body, it may be a contributing factor to the above said. So I did an 'unplanned' experiment myself on three expecting mothers.

Kak Shida, age 40+
Ni Kak Shida, teman sekerja isteri saya di ofis. Pernah minum susu kambing pada zaman muda dulu kerana ayah pernah bela kambing . Pernah dia cakap dulu anak kambing ni cute sangat sampai bawak tidur sama sama (something along that line). Dah jadi pet lak kambing tu.

Anyway, she is expecting her 4th or 5th child and gave birth last month (August 2013). Mula minum susu kambing ketika awal kandungan lagi but then stop 2 months before here due date sebab saya takde stok susu lagi untuk supply. And the result was what I anticipated. Baby was born healthy with a very mild jaundice, tak payah pi hospital. She drank 1 bottle of goats milk everyday.

Siti Arnee & Sofea
Arnee is expecting her second child and gave birth to Amelia on early September 2013. Ni pun minum susu kambing as her health routine untuk kandungan beliau, tapi stop half way sobab den tak dapek nak supply. Unfortunately Amelia kena jaundice, and the last time I check with her mom today (20 Sept), jaundice dah subsided.

Fariz, No he did not gave birth to a child
Yang ni pulak gambar wife dia saya takde. Nadia was also consuming goats milk during her pregnancy. I dont have the detail for how long she was consuming it. Saya dapat supply sekali je due to low of goats milk from LRGF. Their baby was born few months back with a very minor jaundice. One day dah ok.

Nadia ni pun bagi jugak sikit susu kambing kat kucing dia. She was 'stunned' to see that her cat suddenly hyperactive semacam. (I think that was what Fariz told me.) Tu dah kena pukulan dari MCT la tu (MCT or Medium Chain Fatty Acid, lemak susu yang amat baik that makes you feel energized)

Tuan puan sekalian. Conclusion kepada petua demam kuning ni is still a mystery. Takde pulak saya jumpa experience orang yang bagi susu kambing memudaratkan kesihatan anaknya yang kena jaundis. But one thing for sure, a balance and healthy diet plays a vital role and I believe by taking goats milk as part of the diet can compliment to the outcome of a healthy baby. So I'll leave it to your wise judgement. As the old saying goes 'prevention is better then cure'.

Lupa pulak saya nak bagitau, kalau baby tu kena demam kuning, macamane nak bagi? Some say untuk bayi tu kita bagi beberapa titis je, the rest tu suruh ibu yang minum, as so to help increase the quantity and quality of the mothers milk. Mothers milk itself is already top notch.

Kalau ada ibu ibu yang baca ni, dan ada experience dengan susu kambing ke, anak kena jaundis, feel free to comment. Dipersilakan. Manalah tahu dapat jadi panduan / petua kepada bakal ibu bapa nanti.

Mbekk!!

No comments:

Post a Comment