Bulan Februari lalu, LRGF telah dipelawa oleh Jabatan Vetanari Negeri untuk menyertai program ternakan "kambing pawah". Kami tak ada mohon, tapi dengar kata, mereka dah banyak mengalami kegagalan sebab itu nak cuba dengan penternak yang mengikut takrif mereka...dah ada credentials! Jadi LRGF dan seorang lagi otai-rakan synergy kami telah dipilih untuk tahun 2013.
Pihak kami terpaksa pergi ke ladang supplier/kontraktor untuk mengambil kambing-kambing pawah tersebut. Rakan otai-synergy kami telah pergi kesana bersama pegawai-pegawai Jabatan untuk memilih kambing-kambing Boer itu, 20 ekor betina dan 2 ekor pejantan untuk tiap-tiap orang.
Diantara kambing Boer yang dibekalkan kepada LRGF |
Apa yang kami terima adalah kambing-kambing Boer yang campur-campur, yang F1 pun ada!! Baka yang dibekalkan taklah superb, untuk dibiakkan. Bulu kambing pun nampak kusut tak licin. Susuk badan pun taklah besar....macam biasa ajer!!
Siang-siang lagi kami beritahu pegawai-pegawai Jabatan bahawa LRGF sedang menumpukan kegiatan untuk membiakkan kambing Shami kacukan. Jadi kami tukarkan 2 ekor pejantan itu dengan 2 penjantan Shami dari kandang otai-synergy kami.
Yang kami kesal sangat....baru dua bulan ajer, ada kambing-kambing pawah tu dah kena KURAP!! Kandang kami yang sebelum ini bersih penyakit, dah diserang oleh KURAP yang dibawa oleh kambing-kambing pawah itu. Kambing-kambing kami yang lain terus dijangkiti kurap! Cerita yang sama juga dialami oleh kandang milik rakan-otai kami.
kambing boer yang dibekalkan kena kuaratin sebab bawa kurap. |
kambing LRGF dijangkiti kurap, juga terpaksa diasingkan. |
kambing LRGF dijangkiti kurap yang acute..(hingga lumpuh)
dah puas suntik dan bagi ubat.
|
Sampai sekarang, dah dekat 8 bulan, kambing dah beranak pun, masalah penyakit KURAP yang dibawa oleh kambing-kambing pawah ini belum dapat kami atasi sepenuhnya.
Inilah yang kami kesal....kesal... sangat!!
Es Emdi (Shahrom Md Dom)
Terbaik post ni.
ReplyDeleteVery frank.
I like it!
hahaha.. kenapa saya tak terkejut ni, macam benda biasa. hahaha. pawah oh pawah.
ReplyDeletebro adil, kena ada SOP untuk kambing baru. apa sahaja kambing baru masuk, perlu dikuarantinkan. masa kuarantin ni la macam2 kena buat.
1, kena deworm.
2, kena buat dipping atau mandikan, untuk buang hama & kutu
3, kena potong kuku kalo panjang
4, ilmu baru saya dapat, kena spray mata untuk pinkeye (wb farm ajar saya)
5, kalo tuan haji nasir, dia akan buat bloodtest
6, rawat penyakit2 atau luka lain yang ada.
untuk kurap, banyakkan fiber, kurang dedak/grain/benda manis, kalo boleh takda langsung. tingkat imuniti kambing, bawang putih atau daun mambu. jadikan darah kambing pahit, daun gliricidia atau daun ubi.
Tq Don...Ini adalah satu pengajaran pada kawan-kawan lain juga.
DeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteBro Adil den pun dpt offer utk kmbg pawah dr pihak JPV,tp awl2 lg den tolak..abg den berkeras jgak nk ambik,smpai gaduh jgaklah akhirnya den ckp kalu ambik den nak jual semua kmbing yg ada skrg.Fullstop.haha..kalu kndang supplier tu Alwigoatfarm or mmg btul2 pembiak mgkin den ambiklaa..kalu setakat kndang importer or trader mmg jgn cari penyakit..trima kasih atas perkongsian ini bro..
Mak ai. ganas kau bro.haha.
DeleteAdakah dibenarkan buat seleksi masa tengok calon calon kambing pawah ni?
ReplyDeleteRakan synergy saya,..penternak otai juga...yang pergi ke kandang Pembekal bersama pegawai-pegawai Jabatan. Samada dibenarkan buat seleksi atau tidak, wallahu a'klam. Tak ada pula saya tanya, maklumlah Pembekal ni pun agak established!! Tapi yang saya kesal tu, kambing-kambing boer yang dibekalkan nampaknya bukan 100% pure...ada yang even F1 ajer!! Macam saya cakap, bulu kambing pun kusut-kusut ajerr!!
Deletemacam kambing boer di pondok tanjung je.. kusut2...
Deletekandang pertama baka import mmg hncur..kndang kedua baka kelahiran tmpatan ok...
DeleteKlu x elok...baik xyah ambik...
ReplyDelete