Inilah kandang LRGF yang dijangkiti KURAP yang dibawa oleh kambing-kambing pawah Jabatan Vertarinar. Tu nak buek camno, Jang?
Dia orang kata mungkin kandang LRGF ni tak dapat cukup cahaya matahari. Tapi kenapa sekarang ajer nak salahkan matahari pulak? Dah tiga tahun tak ada problems pun!! Tak apalah suntik ajer ubat!!
Kami pun suntiklah dengan IVERMEC. Dah satu bulan,..naik dua bulan...belum juga betul-betul pulih. Bertambah menjangkit pulak lagi pada yang lain...ada yang sampai acute sekali. Aaaahhh!!.. suntik ajer tak cukup, kuman kurap tu dah lekat pada papan kandang....kena sembur ubat!!
Cuci kandang..bunuh kuman..dengan serbuk chlorine. Lepas tuu,...tak cukup lagi??
Sembur pulak dengan campuran LINDORES-30. Apa kesannya?...Sedang menunggu, harap-harap tak ada masalah kurap lagi melanda kandang LRGF. Insya Allah!! Kalau kawan-kawan penternak lain yang ada mengalami masalah kurap macam nii, sila komen!! Sementara tu, kambing yang dijangkiti kurap yang dah acute tu, terpaksalah dikurbankan!!
Selamat menternak. Salam hurmat
ES EMDI (Hj Shahrom Md Dom)
fuh panas panas..
ReplyDeletebukan LRGF sahaja yang hadapi masalah serupa, tetapi apa yang lebih malang ialah hampir semua ladang ladang yang terima skim pawah terpaksa tutup kandang akhirnya kerana letusan penyakit.
LRGF bernasib baik kerana kurap yang muncul, bukannya kematian besar besaran. Akan tetapi saya faham, kurap adalah penyakit cepat merebak dan perlukan banyak sangat input untuk melupuskannya.
by the way,tuan es emdi guna ivermectin utk kurap kan. setiap 7 ke 10 hari kena repeat.
boleh juga bubuh marjerin dalam diet kambing. atau paksa makan.
Tk Bro Alwi...saya akan cuba marjerin tuu.
DeleteBiasa den guna 3serangkai jer boleh hilang..tp mmg kna alert laa,nmpk je cket trus cucuk..kalu dh acute n mrebak tu xde pnglman lg.ni yg maleh nk trima kmbing dari luar lg2 yg brpnyakit bgai..pnah bwa msuk kmbg Boer dr Espek mmg agen pnyakit sngguh,hbis kmbg den kena attacked dgn selesema..start dr ctu mmg agk brhati2 nk bwk kmbg luar..
ReplyDeleteYang tak sodap eh tu, pembekal ni dah established..oghang kito pulak tuuu!!!
DeleteSalam tuan,
ReplyDeleteKalau kurap acute, saya gunakan larutan malathion..kalau tak jadi jugak..saya guna ubat kutu yang ada bahan aktif permethrin. Setakat saya gunakan permethrin, masih belum ada resistance.biasa sekali application dah sembuh.semiga semuanya baik2 sahaja.
Noted with thanks tuan ECH.
DeleteLama tuan tak update House of Goats. Hows the Saanen?
Sorry lama tak update.
Deletebusy dgn lembu korban.
saanens are doing fine.
About time to come up with a new entry.
Salam,
ReplyDeleteBila baca komen yang diberikan rakan penternak saya sangat happpy sebab semua tidak lokek untuk share cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Sebenarnya kita kena percaya bahawa lebih banyak yang kita share, lebih banyak yang akan kita terima.
Tentang penyakit kutu ni, saya rasa pihak JPV sendiri perlu ada pusat kuarantin bagi setiap daerah/kawasan bagi memastikan ternakan yang diberi pawag itu benar2 dalam keadaan sehat. Perlu tetapkan tempoh masa utk kuarantin agar perkara sama tidak akan berulang.